❤ Lukislah Pelangi Dalam Lembaran Hidup ❤
March 25, 2015
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Sesungguhnya Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru ...
Bunga itu selalu mekar dan mentari selalu saja bersinar ....
Namun Allah akan memberi hikmah di setiap peristiwa,
Memberi bahagia selepas derita,
Senyum selepas air mata,
Berkat di setiap cubaan dan juga jawapan di setiap doa ...
Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah di setiap tanjakan serta selekoh..
Namun dari sana kita akan belajar menjadi peribadi yang lebih kuat
Dalam perjalanan seterusnyanya ...
Allah tak menjanjikan bahawa hidup ini selalu mudah,
Namun yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi kita ..
Saat didera kepedihan dan ujian yang seolah tiada henti,
Jangan kita kehilangan pegangan,
Jadikan Allah sebagai satu-satunya sandaran untuk memperoleh kekuatan.
Tanamkan keyakinan bahawa kasih sayang
Serta pertolongan-Nya akan menguatkan kita
Dalam melaksanakan ikhtiar dan membuat kita istiqamah....
Sungguh...Allah tak pernahmeninggalkan hamba-Nya yang beriman.
Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah,
Namun tak perlu takut selagi kita di jalan yang diredhai Allah
Dan berada dalam petunjuk serta bimbingan-Nya.
Semua ituakan memandu langkah kita menuju kematangan...
Hadapi semua ujian hidup ini dengan kesabaran.
Tersenyum dan hayunkan langkah dengan menyebut Asma-Nya
Bersama seluruh cinta dan kasih sayang-Nya.
Kemudian,lukislah pelangi yang indah dalam lembaran hidup kita,
Nikmati hidup indah dalam naungan dan redha-Nya.
22 Sahabat Setia
Teringin nak menggapai pelangi tapi tak sampai2... huhu
ReplyDeletenikmat tgk plngi xsmua org dpt tgk hari2 :)
ReplyDeleteMengharapkan pelangi selepas hujan...
ReplyDeleteDi setiap kesusahan ada kemudahan
Di setiap kesusahan ada kemudahan
Salam Kenal :)
Melihat pelangi membuat hati gundah kembali ceria... memberi harapan dengan sinar mewarna.. :) :)
ReplyDeleteseindah pelangi.....
ReplyDeletesuka tengok warna pelangi
ReplyDeleteya, selalu lah bersandar pada Allah s.w.t.
ReplyDeletehanya dengan mengingatiNya kita akan tenang, bahagia dan selalu bersyukur......... :)
*cantik kan pelangi... ciptaanNya semua sempurna....*
soo sweet k.lya
ReplyDeleteHmmm selalu terfikir untuk berjalan atas pelangi tu... Hehehe! Tapi sah-sah la memang tak akan dapat pun.
ReplyDeleteagan yg sukar di capai tu Pojie :-)
Deleteye setuju...dalam keadaan sepertimana pun sentiasa ingat kepada Allah
DeleteIndahnya kata2 ni... sgt memotivasikan...
ReplyDeleteSalam Jumaat..Moga kita sentiasa bersyukur :)
ReplyDeletepuitisnya kata-kata"lukislah pelanggi dalam lembaran hidup" :-)
ReplyDeletesebut pasal pelangi ingat ada orang cakap, sahabat umpama warna2 pelangi walaupun ada warna yang kita kurang minat tetapi selepas berkumpul akan terjadi warna pelangi yang indah, so sahabat itu pelengkap satu sama lain. =) salam jumaat kak lya
ReplyDeleteamboi, puitis betul akak lya kita ni yer .... :D
ReplyDeletekak lya pandai bermadah berhelah.. i like...
ReplyDeleteKak Lya, saya suka tengok pelangi... kalau nampak tu mmg asyik tengok je lah heheheh
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
ReplyDeletecantik pelangi.. tapi sekejap saja ada..
ReplyDeleteamboii dari td dok bace sume je bermadah2 ni kak lya
ReplyDeletecanteknya ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.