Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Makk aii tajuk entri denn gempak noo laa.Tiga hari tu mencariiii..Tajuk dah gempak dah tuu tapi yang sebenor2nyer citer sebenar lagi la gempak sesangatt..Meh baca jappp..

Kuih Lompat Tikam



Ni kisah anak perempuan Lya,Insyirah.Hari Ahad lepas Insyirah ada tempah Kuih Lompat Tikam dengan mak kawan dia yang tinggal setaman ngan Lya.Nak makan sangat kuih tu katanya.Tu la yang pergi tempah tu.Mula mula Lya pun naik pelik juga sebab tak pernah pernah Insyirah makan Kuih Lompat Tikam tetiba bagitahu kat Lya..dia dah siap tempah Kuih Lompat Tikam dengan mak kawan dia tu.Citer kat abah dia,abah dia pon naik heran laa sebab sebelum ni tak penahnyerr si anak suka makan Kuih Lompat Tikam..Kan sama tu naluri Umi ngan Abah..sama kan sama kan..Dah nama pon anak,memang kita tahu laa apa kesukaan dia..Tapi ??? Kuih Lompat Tikam ?? Tu musykil sikit laaaa..Ermmmmm..

Ok tamat situ,bila dah tempah...Hari isnin balik jer dari sekolah masuk umah letak beg sekolah terus la nak pegi ambik..Tak sampai 10 minit balik ngan MUKA KELAT..Kenapa??? "Mak Aisyah tak buat Kuih Lompat Tikam arini huhuhu..".Sedih pulak dengar.Ok Mak Aisyah cakap esok la datang ya Cik Jaa buat..Ok laa kakak g ambik esok jer laa Umi.Muka tu sedih semacam jer.

Esoknyer hari Selasa..balik sekolah penat sangat sebab kokurikulum jadi Kakak Insyirah tertidur..Petang pukul 5 baru keluar nak pegi ambik Kuih Lompat Tikam.Sekali lagi balik tangan kosong."Umi,mak Aisyah demam tak buat Kuih Lompat Tikam arini".Muka sedih semacam jugak.Lagi sedih dari hari Isnin.Mak Aisyah pesan esok la ya Indyirah datang lagi..Huhuhuhu..

Last semalam hari Rabu dah masuk hari ketiga.Balik jer dari sekolah.."Ok Umi kakak pegi dulu ya,nak ambik Kuih Lompat Tikam".Muka berseri seri jer al maklum la dah dua hari tunggu makanan yang dia nak makan.Tapi sekali lagi hampa."Umi mak Aisyah takde kat rumah,puas kakak panggil takde orang.Pintu pagar pon berkunci.".Alahai dah masuk kali ketiga tak jugak dapat dapat.Kesian sangat kat anak Umi ni.Umi pon tumpang sedih.Huhuhu.

Arini Khamis,abah ada kat rumah..Umi cakap kat abah..Pastu abah cakap kat Umi,arini dah la pegi tanya lagi..nanti abah belikan Kuih Lompat Tikam untuk kakak kat Pasar Malam..Kesian anak abah huhuhu..Sedih pon ada..

Kat sini kalau hari pasar malam memang akan ada laa orang jual Kuih Lompat Tikam,kalau tak memang susah nak dapat.Ok petang nanti kita ke pasar malam dalam misi mencari Kuih Lompat Tikam untuk kakak Insyirah..