Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Arini saja Umi 3AI dapat banyak gambar seorang kanak2 yang dikatakan meninggal dunia kerana kejutan elektrik.Gambar yang menyayat hati tu tersebar luas di laman sosial.Cepat betul orang kita kalau bab2 jadi wartawan kan.Laju jer proses penyebarannya.Mula2 Umi 3AI tengok sedih sangat sebab anak kecil tu meninggal kerana kecuaian orang lain.Ya laa kecuaian orang lain la namanya kalau dah suis charger phone tak ditutup.Takkan kanak2 tu kot yang mengecas..Mula laa duk fikir macam2 kat kepala...Maklum la kita ni mak orang ..bila tgk benda2 gni mula la mcm2 benda menyerang kat benak fikiran.Macam macam rasa ada...Paling terasa sangat.TERASA SEDIH....Ok stop kejap nak tarik nafas jap..Boleh tengok gambar dulu  sementara Umi 3AI berehat jappp..





 Dalam2  duk layan gambar tu..tetiba pulak En Hubby hantar WhatsApp..Sekali lagi gambar kanak2 malang ini terpapar kat skrin hp.Tapi kali ni caption dia lain sikit.Umi 3AI baca berkali2 jugak laaa sebab nak kompemmm betul ke idok ni...Bila dah baca berkali baru la TERSEDAR DIRI JAP...Caption tak sama ngan gambar yg mula2 Umi 3AI dapat.Lain dan jauh bebenor larinyerrrr..Ermmm kali ni Umi 3AI paham sudahhh yang citer duk tersebar tu tak tahu citer betul ke citer tak betul.Tak tahu , mana satu yang benar,mana yang salah..Tak dapat nak pastikan sebab Umi 3AI ni bukan Detektif Conan boleh tahu semua susur galur kejadian....Umi 3AI ambik keputusan update benda ni kat blog..Bukan sebab Umi 3AI nak jadi keboddd warrior tapi Umi 3AI rasa cam nak bercakap sikit la tentang benda ni..Tentang share mengeshare ni laaa..Ok citer atas habis sini jer tau,ni nak sambung bab share mengeshare pulak ya..

Kita ni kalau tatau apa2 hujung pangkal cerita tak perlu la nak share.Tak kira laa apabenda sekalipon tak perlu share kalau kita rasa benda tu tak tahu betul ke tidak.Duduk diam2 jer tunggu berita sebenar.Kadang2 apa yang kita share tu boleh buat orang terasa.Padahal hujung pokok pangkal cerita kita sendiri pon tak tahu.Cuba kalau benda tu jadi kat kita atau keluarga kita sendiri.Gambar lain citer,tapi orang karang cerita lain.Apa kita rasa..Sedih tak kita malu tak kita kalau yang orang share tu benda tak betul.Malu kan kan kan ???...Jadi pada orang kat luar sana sana sana tuuuu..lain kali kalau nak share benda2 camni tengok dulu sumber dan kesahihan cerita..Dah dapat sumber sahih dan benar,kalau nak share ..share jer laaa..Ok laa Umi 3AI nak sambung mengajar kejap.Nanti ada masa Umi 3AI update lagi.Terima Kasih sudi terjah, sudi singgah, sudi baca dan sudi bagi komen...Tq tq tq .