Saya Mahu Jadi Telefon Pintar

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

"SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR"
📱📱📱📱📱📱📱📱📱

Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya.Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya,dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu,dia menangis teresak-esak. 

Lalu ditanya oleh suaminya “Kenapa menangis ni?'' “Lihatlah karangan budak ni.."

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.

Jadikan Saya Sebuah telefon pintar

“Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa.Jadikan saya sebuah telefon pintar.Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah n ibu..Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga sentiasa melihat saya.Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat.Saya ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon pintar.Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan mengabaikan seperti sekarang.Seterusnya,saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa untuk bersama-sama dengan saya.Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan waktu bersama-sama saya.Akhirnya,jadikan saya mampu membuat semua individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan saya menghiburkan mereka.Tuhan,saya tidak meminta lebih dari itu.Saya hanya mahu hidup seperti telefon pintar pada setiap masa."

Selesai suaminya membaca esei tersebut,suaminya berkata, “Kasihannya,anak ini miskin kasih sayang.Ibu bapanya terlalu teruk!"

Mendengar itu,tangisan si isteri semakin kuat. “Abang,itu karangan anak kita!"

Jika diperhatikan sekarang ni,suami & isteri masing² dok sibuk belek n focus hp masing².. layan email, facebook,whatsapp, wechat.. Kadang² anak² dok tgk jer dari jauh sambil main mainannya..

Sama² la kita berikan perhatian ....
Ni zaman trend dunia global .. 🌐


Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. tu la duk ngadap it sampai lupa orang sekeliling . hmmm

    BalasPadam
  2. ni dok wasap lagi tu...haha akif wat pe tu Lya??

    BalasPadam
  3. bila dah ada gadjet ni kena pandai bahagi masa dengan keluarga jugak.

    BalasPadam
  4. haha, terasa lak ye PCL..ambil iktibar buat kita semua :)

    BalasPadam
  5. tu sbb saya x de whatsapp ... ermmm

    BalasPadam
  6. family 1st..itu yg penting...dgn family,kawan..phone simpan

    BalasPadam
  7. Teknologi semakin merenggangkan nilai persahabatan dan kekeluargaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul SP kawan sedang dilanda masalah minta pendapat kita sibuk dengan whatsapp

      Padam
  8. hahaha tula tau nak kata kat orang tak check diri sendiri.. somehow kelakar part yang last tu tapi mesej yang nak disampaikan tu yang penting..

    BalasPadam
  9. kadang2 teknologi buat kite takut nak bercakap di dunia realiti..takut nak hadapi dunia sebenar..

    BalasPadam
  10. Tu lah... yg jauh semakin dekat tapi yg dekat pula jadi semakin jauh... menjadi peringatan buat kita semua... Thanks sharing Lya...

    BalasPadam
  11. Peringatan untuk semua. termasuk diri saya juga. tapi biasa saya whatsapp cik puteri pun tumpang sekaki

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.