Sakit Hati Dengan Customer Care Department Pos Malaysia

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Sejak pagi tadi Lya duk call Customer Care Pos Malaysia..Jari pon boleh naik kematu kalau camni.Bukan sekali dua tapi berpuluh puluh kali duk tekan nombor yang sama.Sakit jari denn ni haaa..Aduhai sabar terlebih tahap sabor dah ni..

Takkan laa dari pagi hingga ke petang ni takde sorang yang nak tolong angkat phone.Takkan ler mesin tu jer dari pagi tadi .Masak la camni.Kalau masak ni dah macam lauk pauk boleh siap..Huhhhhh hampehhh betul laaaa.Setiap kali tekan nombor jer kuar laa ayat ni "Harap maaf semua perunding khidmat pelanggan kami sedang sibuk,panggilan anda akan di layan sebentar lagi"..Pastu kuar la intro lagu nenoneng noneng yang cukup untuk buat telinga kita rasa gatal huhuhuhu..Pastu kluar pulak ayat ni..."Perkhidmatan ini mungkin dirakam bagi membantu membaiki mutu perkhidmatan dan memberi latihan kepada perunding khidmat pelanggan kami" pastu bunyi pulak intro sakit telinga tu,ingatkan bila dah keluar ayat tu dah bersambung ngan orang dah tapi tak jugak,mesin jugak jawap lagi sekali kalau nak teruskan tekan 0 kalau nak tamatkan tekan 9.Adoii la,adoii la sakit pulak hati kita ni duk layan benda yang sama.Baik letak jer la.Padan duk dengar suara mesin jer habiss duit kat situ jer.Huhuhuhu..


Ok sakit ati punya pasal lupa lak nak citer apa tujuan Lya duk sibuk call CCD Pos Malaysia.Ok,Lya call sebab nak minta penghantaran kali kedua bagi barang En Hubby yang sampai kat rumah 14 Feb 2015,tapi takde orang kat rumah jadi pihak Pos Laju tinggalkan surat pesanan jer la.Adoii orang Pos Laju ni pon satu,kita dah bagi no phone tu call jer la tanya..ini tak senyap jerr.Kalau Call boleh jugak mintak pass barang tu kat jiran sebelah.Malas betul la diaorang ni nak Call.Adusss kan dah jadi susahkan orang.Huhhhhhh...


Oleh kerana Lya call tak dapat dapat.Lya ambik alternatif lain, tu pon sebab mesin yang jawap tu suggest suh email jer.Ha aah kita pon malas dah nak melayan call,kita email jer laa senang citer.Manfaatkan semua sumber yang adooo.Nah email yang kita karang.Tapi dek kerana ada perasaan marah sikit tu kat situ situ maka keluar la ayat kita yang kureng skima tu hehehehehe.Banyak pulak Typo nyer huhu..Tapi takpe laa harap diaorang fahamm ler kita tengah sakit ati gak ni..


Nah ambik kau..Ini yang denn dapat huhuhu.Baru jer cakap tak nak mesin yang balas tapi mesin jugak akhirnyerrr.Abih tu apa guna suh email kalau takleh nak jawap.Kata suh email sebab CCD Pos Malaysia sibuk.Tapi bila kita email benda ni jugak yang jawap..Bila nak selesai la weyyy..Ni la rasa cam nak nyanyi Sakitnya tu di sini di sini di sini huhuhuhu...

Adoiiii hilang mood sudahhhh.Mood nak marah pulak datang huhuhu.Ni kita usaha sabar ni, kalau kita jenis yang tak berapa nak sabar mana,tatau laaaa huhuhu..


Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. mangai. baca emel akk tu mmg rare. nmpk sngt marahnya tu.
    tp sakit hati pula bila baca reply dia tu. mesin je.
    adoii

    BalasPadam
  2. Irra call smpi diorg jwb. Tgu jela nenoneno. Berkali tekan 0. Call yg ppl kawasan lg hampeh xberjwb lgsg. Sakit lg hati.

    BalasPadam
  3. Bz mcm sokmo2 ada org kompelen la tu...dahsyat benar smpi xleh nk jwb lgsg

    BalasPadam
  4. npe sis x g amik je kat pos opis? drp skt ati mcm ni...huhu....mmg susah klo bab2 mcm ni...dorg mmg susah nk angkat

    BalasPadam
  5. bgus buat entry nie kasi depa bukak biji mata luas2..huhu... perkhidmatan kena la mantap...hadoiii

    BalasPadam
  6. kalau time raya, mcm ni lah yang akan terjadi...huhuuu

    BalasPadam
  7. assalamualaikum lya..sabor jer la lya...kalau ada perayaan mmg mcm ni la jadinya...:)

    BalasPadam
  8. guna saluran yg betul.. bagus tindakan Lya. sabar ada batasnya. kan Lya.

    BalasPadam
  9. sabar je la..
    jom join ga saya :)
    http://eatmakeread.blogspot.com/2015/01/giveaway-lepas-exam.html

    BalasPadam
  10. Adusss! JM yg baca ni pun rasa panas je, dh email machine yg jawab, camno. Tukar lah dari customer care kepada care yourself

    BalasPadam
  11. Mencabar jugalah kan nak contact kalau call tak dilayan lepas tu email pun mesin yang jawab. Hmmm. Saya selalu kena macam ni Kak. Dah bagi no telefon semua, orang yang hantar tu tak call pun bila nak hantar barang. Kan bagus kalau dapat pass dekat jiran ataupun management office. Tak ada la menyusahkan kita untuk pergi ke pejabat pos lagi. Weekdays dah busy, weekend pula sekejap je diorang buka. Bilanya kita dapat pergi kan? Hmm

    BalasPadam
  12. masalah jugak pos laju sekarang ni . maybe sebab dah ramai guna khidmat pos laju ni kan

    BalasPadam
  13. sakitnya hati..huhu sabor je la..tmbah2 kalau benda tu urgent kte nak guna..diorang lmbt hantar huhu

    BalasPadam
  14. Musim perayaan mesti dorang busy n banyak parcel kot..think positive..apepun semoga brg selamat sampai..

    BalasPadam
  15. Sibuklah sangat smpai tak boleh jawab kan. Sabar je lah.. mmg sakit hati mcm tu. Kalau ada kakitangan pos yg baca ni mesti nak komplen customer pulak yg tak faham nanti.. agak2la.. gaji nak, kerja taknak efesyen.. Tak leh keje cari kerja lain.. jngn nak bnyk alasan pulak...

    BalasPadam
  16. cuti tahun baru cina jgak kot . huhuu

    BalasPadam
  17. Selalu abam penghantar pos laju tu kol.
    Ni dia x kol?
    Aduss..kes naya.

    BalasPadam
  18. Memg x blh thn klau asyik mesin ja yg jwb

    BalasPadam
  19. Mak aih.. sampai tiga hari baru nam balas.., hmmm... bab pos laju takde masalah lagi dgn kami.,, biasanya, kalau tinggal slip terus je pick up kat pejabat pos... tak minta hantar dah.,, sbb takut kes camni lah..

    BalasPadam
  20. Tapi salah posmen yang bekerja tu la sebab tak call .. tapi normally diorg ketuk pintu je,.. xd3 berjawab mmg diorg tggl slip camtu.

    BalasPadam
  21. Perkara yg sama berlaku pada saya. Cumanya barang yg saya pos tak sampai pada destinasi. Dan saya perlu mengambilnya di pos laju destinasi. Masalahnya destinasi tu jauh. Tu pasal saya nak call utk minta pos laju pos semula barang tu kpd saya selaku pengirimnya. Tp tu ahhh dah nak habis kredit ni dibuatnya. Takde jugak yg angkat. Sakit hati sangat2

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.