Kongsi Cerita Cinta Ahmad Ammar

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Sahabat Lya kat sini .. Siapa yang pernah membaca kisah ''Cerita Cinta Ahmad Ammar''.Kalau sahabat pernah membaca kisah ''Cerita Cinta Ahmad Ammar'' Lya ada sesuatu untuk di kongsikan bersama sahabat.Tapi sebelum tu kita singkap dulu siapa sebenarnya Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam dan sedikit sinopsis mengenai buku ''Cerita Cinta Ahmad Ammar''.


Allahyarham Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam 
Ammar Ahmad Ahmad Azam merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Haji Ahmad Azam Abd Rahman.Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul.Untuk info,Allahyarham Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul,Turki pada hari Sabtu 2 November 2013 pada usia 20 tahun.Beliau antara pelajar Malaysia terawal yang melawan arus perdana apabila memilih Turki sebagai destinasi pengajian setelah SPM.Pelajar kedua terbaik SPM 2010 di Maktab Tentera Di Raja dengan pencapaian 9A1 1A2 ini,memilih untuk menyambung pengajian di Turki dalam bidang sejarah.

Di Turki,beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda,beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah.Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya.Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik,rajin,berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.

Beliau sangat dihormati di Turki,Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan,Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya,panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Al Fatihah Untuk Allahyarham Ahmad Ammar..Moga dirimu tenang di sana wahai pejuang islam..

SINOPSIS ''CERITA CINTA AHMAD AMMAR''
Ahmad Ammar,sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat,namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya.Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid.Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi.Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik.

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH.Benar, ia bukan kebetulan Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul.Moga jannah jua sebagai ganti.Tenanglah adinda Ammar di sana.Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga.Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki,jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan.Impian Ammar adalah realiti kita.

Ok untuk sahabat Lya yang memang dah baca buku ni,ada SATU TAWARAN MENARIK 
MENANTI ANDA !!!!!!!!!!!!!!

- Mahukah sahabat berkongsi 'MUTIARA' yang diperolehi dari pembacaan sahabat dari buku ''Cerita Cinta Ahmad Ammar'' di dalam buku kedua yang bakal diterbitkan tidak lama lagi..

- Jika sahabat ingin berkongsi rasa boleh baca selanjutnya..

- Perkongsian sahabat MESTILAH mengenai impak daripada kematian arwah Ahmad Ammar yang telah menghidupkan banyak jiwa sama ada di Malaysia atau Turki dan bukannya pengisian tentang pengenalan diri arwah .

- Sahabat hanya perlu menghantar perkongsian tersebut ke :

Atau Emailkan Ke : amal.hayati@karangkraf.com

Tarikh tutup tawaran adalah pada 02.02.2015 (Isnin)

JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK MELIHAT PERKONGSIAN ANDA DIMUATKAN DI DALAM BUKU KEDUA ARWAH AHMAD AMMAR.

CEPAT! TAWARAN ADALAH TERHAD..

#KongsiCeritaCintaAhmadAmmar #KongsiCeritaCintaAhmadAmmar

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. memang seronok baca buku ni. banyak perkara yang kita boleh jadikan ibrah dari kisah arwah :)

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Nak terjah la sebab mana tahu ada buku cerita yang menarik hati ena

    BalasPadam
  3. Saya tidaklah mengenali arwah sepenuhnya... pastinya sepanjang kehidupannya banyak jasa ditinggalkan untuk semua...

    BalasPadam
  4. saya ada dua buah buku tentang cerita arwah... bila baca cerita mengenai arwah.. hadir satu perasan..

    BalasPadam
  5. Boleh rebut peluang ni. Arwah memang seorang yang patut dijadikan contoh. Dengan kisahnya semasa hidup boleh membuatkan buku ni menarik dan berguna buat orang khususnya golongan muda.

    BalasPadam
  6. Sally belum sempat lagi baca buku ni...mmg teringin sangat nak baca...kisah dia, kisah Siti Hajar...

    BalasPadam
  7. Menyayat hati.
    Alhamdulillah perginya meninggalkan dunia di saat dia giat berdakwah menyampaikan ilmu Allah.
    Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang soleh & beriman.

    BalasPadam
  8. Menarik kisah budak ni.. Impress !

    BalasPadam
  9. baru teringat buku saya, ada org pnjam la.. x pulangkn balik lgu.. dh lama ni

    BalasPadam
  10. Kisah yg pastinya menyentuh jiwa sesiapa jua yg membacanya.. Al Fatihah buat allahyarham Ahmad Ammar...

    BalasPadam
  11. malu rasanya nak compare diri.. tak termampu nak bandingkan T.T semoga rohnya dicucuri rahmat dari-Nya..

    BalasPadam
  12. Pernah dengar cerita pasal arwah ni. Al-fatihah untuk arwah ammar. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.