Bila Akif Dapat Channel SYMA S107 Aluminium RC Elektrik Helikopter RTF

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...

Teruja sangat dapat bungkusan dari Mr Pos Laju..Ha aa pos laju punya penghantaran,tapi pembalut guna Gdex hehehe.Nampak jer bungusan kat atas katil terus jer Akif bukak laju2..Tak sabar laa tu nak tengok apa benda la yang ada kat dalam tu.Dia tak tahu sebenarnya kat dalam tu helikopter yang Lya belikan untuk dia.Dia ingatkan tu barang Umi ngan Abah..Apa benda pon yang sampai kat rumah ni kalau Akif ada, memang dia la TUKANG BUKA.Tak sempat orang lain bukak.Eh ehh lupa nak cakap Lya beli helikopter Akif kat LAMIDO.com.my .Nanti Lya citer pulak mengenai LAMIDO ni ya..Kali ni kita citer pasal helikopter ni dulu...

Apa benda la yang Umi ngan Abah beli ni ya ???

Waaa waa waa ..HELIKOPTER ..Yey ye yey yey !!! 

Channel SYMA S107 Aluminium RC Elektrik Helikopter RTF
pilihan hati Akif....

Ciri Ciri Channel SYMA S107 Aluminium RC Elektrik Helikopter RTF
-Saiz kecil & ringan. 
- Kawalan inframerah reka bentuk kecil super lebar 19cm tertutup untuk terbang lama.
- Berat yang luar biasa 34 gram sahaja. 
- Dikawal oleh 32-tahap kelajuan ketepatan yang tinggi. 
- Auto stabil,sistem bilah pemutar yang cukup mantap.
- Pergerakan helikopter 3-Channel ke hadapan / belakang / atas / bawah / kiri / kanan.
- Kipas berkualiti tinggi
POWERED BY 2 MOTORS PEPEJAL YANG MOTOR 3HB DALAM rotor
- Keupayaan tinggi, dinamik Li-Poli bateri. 
- Boleh dicas semula melalui pemancar yang disediakan.
- Mengecas dengan kuasa penunjuk.
-Dikawal oleh teknologi digital. Infra sistem kawalan merah.
- Teknologi Tri-band. 
- Kecekapan tinggi, motor memandu dan kuasa lonjakan

Bila dah selamat sampai kat rumah..Apalagi senyum sengeh senyum sengeh la dia..Pilihan hati Akif warna kuning.Ada tiga pilihan warna iaitu merah,biru dan juga kuning.Tapi kali ni Akif pilih warna kuning sebab dulu pernah beli dah yang warna merah.Yang merah dah lama KIOK huhuhu ...

Yeyyy helikopter baru ..Suka suka suka suka ..Suka sangat !!! Terima kasih Umi..Terima kasih Abah..
Belikan satu untuk Akif...Sama2 sayang ...


Tapi kan kan kan,satu jer yang Lya tak berapa nak bagi Akif main benda ni,sebab dia punya kipas yang pusing2 tu buat Lya TAKUT la pulak huhuhuhu..Tapi setakat ni kalau Akif nak main abah dia yang tolong tengok dan tolong mainkan.Akif takut sikit bab2 benda pusing2 ni..Kekadang tengah2 abah dia nak naikkan helikopter,dia lari menyorok belakang Umi..Penakut sebenarnya hehehe..Permainan ni untuk 14+ ke atas sebenarnya ..Tu sebab Lya tak bagi Akif main kalau abah dia takde kat rumah.Main dengan pengawasan abah OK laaaa..Umi dia pon penakut huhuhuhu.....

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. tu dia... sengih sampai ke telinga dapat elikopter....

    salam kenal dan salam singgah

    BalasPadam
  2. sukalah akif ada permainan baru..senyum sampai telinga tu

    BalasPadam
  3. kemainn menyengih dapat benda yang dia nak. :D

    BalasPadam
  4. wah akif terro lah...kanak2 macam akif tu memang macam tu Lya.Happy tul akif nampaknya tu..

    BalasPadam
  5. Suka la dia ya. Hope dapat jadi semangat lebih untuk belajar rajin-rajin hehe

    BalasPadam
  6. hepynya akif dapat helikopter :))

    BalasPadam
  7. amboii sengih dye yang mahal tu..hihi

    BalasPadam
  8. Saya pun takut kene kipas tu tak pasal2 kene kat muka. Erkkk...

    BalasPadam
  9. Wahh sempoi... tahniah Akif.. :) :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.