Baru Baik Demam,Batuk Dan Selsema

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua...


Alhamdulillah hari ni Lya dapat mencoretkan sepatah dua kata pada ruangan bisu ini..Tetiba feeling cam tulis surat la pulak...Setelah empat hari blog Lya sepi tanpa sebarang update...Last update pada hari Khamis lepas.Pastinya sahabat  Lya tertanya2 kan kenapa Lya tak update blog..

Sebenarnya Lya di serang selsema..Pastu demam dan menyusul pula batuk.Bila demam melanda memang sangat sukar untuk Lya fokus pada sesuatu kerja.Nak kemas rumah nak siapkan makan pakai suami dan anak2..Itu semua menuntut sedikit pengorbanan saat demam melanda.Mujur juga anak2 Lya tak banyak ragam dapat menguruskan diri mereka dengan bantuan suami yang sentiasa di sisi.Tak dapat nak bayangkan saat mata terpejam kepala pening dan berat hinggakan nak bangun sendiri Lya tak mampu.Mujur juga suami bercuti selama empat hari dapat juga menguruskan anak2..Alhamdulillah..

Hari ni Lya dah sihat sepenuhnya cuma batuk masih belum hilang lagi.Selsema pon sikit2 jer lagi.Hari ni Lya dapat jalankan aktiviti sebagai seorang ibu dan isteri semula.Syukur Ya Allah ..Kau sembuhkan aku dari penyakit..Sesungguhnya penyakit ini penghapus untuk dosa2 kecilku..Terima Kasih ALLAH...

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
Belajarlah menerima satu bebanan kesakitan itu dengan sebaiknya. Kerana Allah mendatangkan kesakitan itu bukan sebagai satu bebanan, pasti kita boleh bertahan kerana Allah tahun kita mampu hadapi kesakitan itu dan juga kerana Allah sayang akan hamba-hambanya.Setiap kesakitan yang kita hadapi akan mengkifarahkan dosa kita. Cuba kita perhatikan kehidupan Firaun,yang mana dia tidak pernah sakit.Allah memberikannya nikmat kesihatan bersin pon tak pernah.. Orang lain selalu sakit, Firaun tidak. Sehinggakan dia menjadi angkuh dan mengaku diri sendiri tuhan. Dengan nikmat sihat itulah Allah membinasakannya.''

Untuk sahabat2 Lya yang masih lagi sudi TERJAH ..SUDI SINGGAH DAN MASIH SETIA MENINGGALKAN KOMEN ..TERIMA KASIH SAHABAT ...

Nanti ada masa terluang Lya akan cuba untuk singgah dan menjejaki entri2 sahabat.Bersama kita rapatkan ukhuwah..Semoga ukhuwah yang terjalin sesama kita akan terus berkekalan hingga ke syurga.InsyaAllah..Aaamin aaamin aaamin ...

Happy Blogging Sahabat ❤❤

Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. insyaallah setiap ujian ada hikmahnya

    BalasPadam
  2. jm singgah membaca...
    http://jmbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. Ish, pakej yer sakit yang datang tue. Alhamdulilah dah baik. :)

    BalasPadam
  4. Semoga sntiasa dlm perlindungan Allah..

    BalasPadam
  5. salam sis lya... syafakillah... sakit pghapus dosa2 insyaAllah... cuaca tak menentu sekarang..

    BalasPadam
  6. Moga akak cpt sembuh ya, lya pun baru smpt bw ni

    BalasPadam
  7. Tahniah Etuza..jug kini biz juga..balas komen ni yang jarang ni..betul sakit ujian kita ada ujian masing2

    BalasPadam
  8. patutlah lama tak nampak post kak lya. tak sihat rupanya.
    tak pe kak lya. sakit tu kifarah dosa :D

    BalasPadam
  9. Semoga dalam keadaan yang sihat saja ya. Aminnn

    BalasPadam
  10. Patutlah senyap je..selamat kembali dan moga cepat sembuh ye kak

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah... syukurlah pulih. Semoga dpt pulih sepenuhnya segera... aamiin..

    BalasPadam
  12. Mashaallah..patutlah.
    Mmg i keep on wondering k.Lya memang selalunya x pernah x update blog. tiap hari will be new entry.

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah ada suami yang ringan tulang.
    Rezeki K.Lya:)
    Saya doakan akak cepat sembuh ye.

    BalasPadam
  14. hihi da baik pun jangan lupa minum air bebanyak..

    BalasPadam
  15. baru tau.. anis pon lame tak singgah sini.. maaf... huhu

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.