Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Kelengkapan sekolah untuk 3AI.Ada lagi yang belum complete.Beg sekolah Akif belum beli lagi.Warna yang Akif berkenan warna merah.Belum jumpa lagi.Alahai dia nak beg yang warna sama dengan jam.Merah jugak !!!

28.12.2013 Lya dan En Hubby bawak anak2 beli kelengkapan sekolah.Kakak Insyirah dan Abang Iman takde la excited sangat nak beli barang sekolah,sebab diaorang dah rasa benda tu semua masa mula2 nak masuk sekolah dulu.Si kecik Akif yang paling excited.Kalau dulu kat PASTI bayar semua kat Cikgu termasuk baju sekolah.Tak perlu lagi nak pergi beli baju sekolah.Kali ni untuk Pra Sekolah,baju dan seluar sekolah ibu bapa perlu sediakan,cuma tie dan jugak vest Cikgu yang sediakan bila dah buat pembayaran yuran persekolahan 2015.

Oleh kerana ini kali pertama Akif beli baju sekolah,Akif memang teruja.Ya laa try baju sekolah bukan tiap2 hari tau.Macam try baju raya jugak la perassan dia tu,hehehehe.Dia punya tahap excited tu memang nampak KETERUJAAN kat situ.Umi pon teruja sebenarnya nak tengok dia pakai baju sekolah hahaha.Masa beli baju dan seluar,nak kena try baju dan jugak seluar memang dia suka.Pastu beli kasut.Lepas satu..satu,kasut yang dicuba.Ikut kehendak hati dia.Seronok sangat tengok gelagat dia hinggakan lupa nak snap gambar.Untuk kasut,Lya beli kasut ikut pilihan hati Akif.Apa yang dia suka itu la yang Lya dan En Hubby beli.

Siap membeli belah.Balik rumah dah dekat maghrib..Selesai jer solat maghrib,Akif tak tunggu dah,terus nak cuba baju dan seluar sekolah.Siap dengan tie dan jugak vest sekolah Abang Iman,pastu tak lupa pakai kasut siap berstokin lagi.Alahai TERUJA benar dia nak ke sekolah.Bila dah siap berpakaian lengkap,macam biasa la kan ..Umi tolong snap gambar..Yer laaa memang Umi la yang kena tolong...

Taraaaa !!!!!!!!!! Teruja nak ke Pra Sekolah 2015 ❤ ❤