❤ Tegur Anak,Kerana Kita Sayang Anak ❤

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...



Ya, Siapa Lagi, Siapa Lagi Nak Tegur Anak Kita ?

-❤  Tegur anak untuk kebaikan mereka.

-❤ Tegur anak kerana sayangkan mereka.

-❤ Tegur anak kerana ingin membetulkan mereka.

-❤ Tegur anak kerana mengelak mereka dari terjerumus ke lembah bahaya.

-❤ Tegur anak kerana kita ibubapa mereka.

-❤Tegur anak kerana itu sebahagian dari tugas dan t/jawab kita.

-❤ Tegur anak kerana kita makan garam terlebih dahulu daripada mereka.

Kalau Bukan Kita Siapa Lagi ?

- ❤ GURU SEKOLAHNYA ... sudah tentu, tetapi dalam hal tertentu dan pada masa tertentu sahaja dan itu pun ada had tertentu sahaja. Anak kita bukan anaknya, cuma anak muridnya. Dia tak berani mencubit, apatah lagi merotan kerana ada ibubapa yang akan samannya !!! Peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seolah-olah "tidak membenarkannya" menegur anak kita kecuali pada had-had tertentu sahaja.

- ❤ KAWANNYA ... kalau kawannya macam dia juga, bukan ditegur, malah diajak memburukkan lagi keadaaan.

- ❤ TIDAK ADA ORANG LAIN yang benar-benar boleh menegur anak kita seperti IBUBAPANYA. Ya tegur anak.

Ibubapa Yang Berkesan :

-❤ Tidak boleh jadi penakut.

-❤ Tidak boleh jadi pengecut

-❤ Tidak boleh bertangguh-tangguh

-❤ Tidak boleh menyerahkan tugas ini kepada orang lain

-❤ Tidak boleh buat sambil lewa

TEGUR ANAK,KERANA SAYANG ANAK.

Kredit  : Dr Shukri Abdullah 

#‎blogger‬ ‪#‎iamblogger‬ ‪#‎parentingblogger‬ ‪#‎blogakifimtiyaz3‬‪ #‎KelabBloggerBenAshaari‬

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. anak yang baik akan terima teguran mak ayah dia kan :)

    BalasPadam
  2. Betul...sebab tu orang kata semuanya bermula dari rumah..kan??kalau ajaran yang kat rumah pun dia tak dapat tu yang jadi anak bermasalah tu..

    BalasPadam
  3. Betul tu. Tegur anak kerana sayang, nak mendidik. Kalau tegur mulut tak jalan, doakan anak. Tu cara terbaik. :)

    BalasPadam
  4. Teringat pulak lagu Warisan :

    Leterannya dari rasa luhur
    Menegur sebelum terlanjur
    Itulah yang diwarisi
    Pesan ibu terpahat di hati

    Beringat-ingatlah berpesan-pesan
    Untuk kebaikan
    Marah bukan kebencian
    Tapi tanda sayang

    BalasPadam
  5. Penting tegur anak ni.. melentur buluh biar dari rebung.. Klu dah besar susahlah nak tegur klu tak betul2 nanti kan...

    BalasPadam
  6. betul.. selalu tgur dan diakhir ltakkn sbab kita syg...

    BalasPadam
  7. Betul.
    Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.