Puding Gula Hangus Sedap Dan Lazat

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Minggu ni dah dua kali Lya buat Puding Gula Hangus.Mula2 buat puding jadi lembik dan berair sebab Lya tak tutup puding tu sebelum kukus,jadi wap air dari penutup pengukus masuk terus ke dalam puding.Adoii sedih jer rasa hati bila buat tak menjadi.Tapi rasa sedap hehe.Boleh makan la orang kata walaupon lembik dan berair sikit.Lupa nak bagitahu mula2 Lya buat ikut resipi orang tapi bila kali kedua Lya buat ikut resipi sendiri.

Kali kedua Lya buat semalam,Alhamdulillah menjadi dengan resipi Lya sendiri.Memang cantik dan gebu gebas gitu Puding Gula Hangus Lya.Menjadi jugak.Yehaaa tak sia2 la buat guna resipi sendiri.Kalau yang pertama tu Lya buat guna krimer sejat tapi kali kedua buat Lya guna Krimer Manis.Lagi sedap !!!

Ni la bentuk Puding Gula Hangus Lya.Sorry la tak berapa nak cantik sebab ada budak kecik dah ganggu puding comel saya tuu.Tak berapa nak comel tapi rasa memang sedap.Korang kalau rasa Puding Gula Hangus Lya ni memang sure la korang nak tempah.( Hahaha Umi Akif start angkat bakul sendiri dah..) Gurau jer laa..

PUDING GULA HANGUS


Ingatkan nak makan esok nak sejukkan dulu kat peti ais.Tapi kan kan kan En Hubby yang SUKA SANGAT dengan puding ni dah tak sabar nak makan.Dah sejuk kat dalam bekas tu terus jer makan,tak sempat masuk peti ais dah habis separuh dah...Alahai En Hubby punya peberet la Puding Gula Hangus ni.Kalau bulan puasa mesti ada Puding Gula Hangus.Cer tengok cer tengok gebu gebas tak Lya punya puding..Gebu kan !!!!!!!!!!!


Resipi Puding Gula Hangus 


Untuk Puding
- 1 tin creamer manis Marigold 500g
 -1/2 tin air
- 7 biji telur
- 1 sudu besar asen vanilla

Untuk Karamel (Gula Hangus)
- 5 sudu besar gula
- 3 sudu besar air

CARA- CARA

- Untuk menyediakan gula hangus.Mula2 panaskan kuali dan cairkan gula.Bila gula cair dan kemerah-merahan bolehlah masukkan 3 sudu besar air.Dah siap masak,masukkan ke dalam loyang dan jangan lupa ratakan air gula pada seluruh permukaan loyang.

- Untuk bahan2 puding,kacau telur hingga sebati atau teradun rata bersama dengan susu cair dan juga air. Bila dah sebati tapiskan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.Tutup bekas puding menggunakan aluminium foil atau boleh juga gunakan tudung periuk.Kukus dengan api yang perlahan agar puding kita nanti tak berongga.Kalau berongga kan tak cantik pulak.Nak tahu masak ke tak masak puding kita tu,cucuk guna garfu.Kalau tak melekat,puding dah masak la tuuu..

- Bila dah siap,kena la sejukkan dulu sebelum ditelangkupkan kat dalam bekas.Kalau telangkupkan masa panas alamaknya berterabur la puding gula hangus tu.Bila dah siap masukkan kat bekas boleh la masukkan ke peti ais.Puding Gula Hangus ni kan,lagi sedap di makan bila masukkan ke peti ais.Rasanya umpphhhhh..Yummy yummy yummy ..Sedapnyerr.........


Ok,Nanti boleh la sahabat2 Lya cuba ya ..Kalau sedap jangan lupa bagitahu Lya..Kalau tak sedap jangan bagitahu hehehehe..Tapi Lya punya memang sedapppp dan lazat gitu !!!!. Sekali lagi duk angkat bakul sendiri.Malu weyyyy ....

#blogger #iamblogger #parentingblogger #blogakifimtiyaz3 #kelabbloggerbenashaari

Jumpa lagi sahabat !!!!!!!!!!
Happy Blogging ❤❤

Catat Ulasan

20 Ulasan

  1. hubby suke sangat makan puding ni.. :)

    BalasPadam
  2. ohh tidakk sedapnyee.. kalau sejuk lagi la sedapp sejukk je lalu kat tekak..huhu

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa kak lya. pos ikit pleaseee :)

    BalasPadam
  4. Macam best jerk, nak buat pun mcm senag jerk hehe..jom t3ngok resepi cheese leleh kat sini lak:
    http://danishdamiadaris.blogspot.com/2014/11/resepi-lava-mealshakes-cheese-cake.html..

    BalasPadam
  5. Suka mkn puding mcm ni.. Memang gebu la sis..

    BalasPadam
  6. mcm best..tp tengok krimer setin..kalau hadap sorang2..waaaaaa

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    BalasPadam
  7. Wah, sedapnyer... Kalau majlis makan-makan zumal mesti cari puding dulu...

    BalasPadam
  8. Fuhh... lama tak makan benda nie.. best.. :D

    BalasPadam
  9. Anak-anak SP pun suka makan puding sambil menyepahkannya diruang tamu..hehe

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.