Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Lawatan pertama sempena cuti sekolah..Sejak minggu awal cuti sekolah lagi anak2 dah sibuk ajak pergi bercuti,pergi jalan2.Oleh kerana abah diaorg bukan Cikgu takde cuti sekolah macam diaorang jadi tak dapat la nak g mana2 hingga la abah dapat cuti.Mula2 diaorang minta nak balik kampung,tak balik lagi,pastu nak g KL tak jugak dapat pergi.Tapi kebetulan hari Sabtu abah ada masa jadi bawak la anak2 jalan2 .Dalam duk tercari2 nak pergi mana,nak pergi mana.Keluar la suara Si kakak ajak pergi Muzium.Jadi kami ambil keputusan untuk ke Muzium Sungai Lembing.Kita belajar sejarah perlombongan ya anak2 ..

Mula2 ingatkan bila dah lalu Jalan Sungai Lembing,kejap jer akan jumpa Muzium.Tapi,jenuh jugak perjalanan nak ke sana.Boleh tahan lama jugak baru sampai..Bila tiba jer kawasan Muzium Sungai Lembing tu terkejut jugak.Ingat dah jalan jauh2 mesti jumpa kawasan yang ala2 kampung gitu.Tapi kami jumpa Pekan kecil..Kawasan ni memang cantik dan kemas.Terjaga gitu,siap ada tempat penginapan untuk pelancong lagi.Sekali tengok dah macam kat Melaka gitu..(Alahai kita punya blog bukan blog travel,tak reti sangat la nak cakap bab2 ni hehehehe..)

Lepas parking kereta,terus masuk kat kaunter tiket..Tiket untuk masuk,cer teka cer teka berapa ringgit?? Heheehe tak yah teka la Lya bagitau,harga tiket untuk dewasa RM2 jer dan untuk kanak2 umur 13 tahun ke atas RM1..Jadi anak2 Lya tak perlu bayar tiket masuk kecuali Umi dan abah jer kena bayar RM4.Murah kan?? RM4 jer untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing..


Pengembaraan bermula.Kami meneroka seluruh pelusuk Muzium.Sejarah Sungai Lembing,sejarah perlombongan dan macam2 lagi la.Duk kat dalam ni ibarat dah duduk kat zaman sejarah dulu kala rasanya.Macam2 benda yang kami dapat lihat secara dekat.Ada sesetengah alatan yang dipemerkan Lya pon tak pernah kenal apalagi anak2.Seronok juga sesekali mengenang sejarah Malaysia.Teringat pulak masa duk belajar kat sekolah menengah mengenai sejarah perlombongan biji timah kat Sungai Lembing ni..Kalau dulu kita baca buku sejarah tapi kali ni Lya dapat lihat sendiri semua sejarah yang berkaitan perlombongan biji timah di Sungai Lembing.Anak2 pun nampak enjoy jer meneroka kat dalam ni..

Muzium Sungai Lembing,Kuantan Pahang



Dah puas duk meneroka kat dalam,masa untuk kita meneroka kat luar.Banyak juga yang menarik kat luar kawasan Muzium ni,tapi tak sempat nak terjah semua sebab hujan.Huhuhuhu.Terjah mana yang sempat jer laaa.Tetiba hujan turun.Hujan oh hujan !!!




Kalau sahabat kebetulan ada kat Pahang atau memang orang Pahang..Lya cadangkan,jom pergi melawat Muzium Sungai Lembing.Memang best.Menarik dan dapat satu pengalaman berguna mengenai sejarah Sungai Lembing dan juga perlombongan biji timah.Hehehehe kita belajar sejarah la pulak.Duk layan yang moden jer,jalan2 kat Mall,jalan2 kat tempat baru jer.Sesekali jom kita ke tempat bersejarah.