Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Langkah Berjaga-Jaga di Kawasan Rumah Anda Ketika Musim Banjir
Persediaan Menghadapi Bencana Banjir
Sebelum Banjir
1.Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
2.Pastikan sistem amaran banjir, cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan banjir tempatan.
3.Periksa lubang air samada longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
4.Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda, buat plan dan latihan pemindahan kecemasan.
5.Sediakan Peralatan Kecemasan.
6.Pastikan seluruh ahli keluarga anda mengetahui Cara-cara Bertindak Semasa Kecemasan di rumah.
Sebelum Banjir - Semasa Tanda-Tanda Dikesan
1.Dengar pengumuman dari radio dan televisyen.
2.Penuhkan tong, bekas, sinki atau tab mandi dengan air bersih, semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
3.Bawa masuk perabot atau perkakas di luar rumah.
4.Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
5.Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
6.Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
Semasa Banjir - Di Dalam Rumah
1.Dengar pengumuman dari radio dan televisyen.
2.Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3.Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
Semasa Banjir - Di Luar Rumah
1.Pergi ke tempat yang tinggi dan selamat.
2.Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus yang deras boleh menghanyutkan anda.
3.Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir samada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4.Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5.Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6.Jangan minum air banjir.
Semasa Banjir - Di Dalam Kenderaan
1.Jangan terus mengharungi kawasan banjir, berpatah balik.
2.Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan anda dan tinggalkan ia, pergi ke tempat yang selamat.
Semasa Banjir - Semasa Pemindahan
1.Apabila menerima arahan, segeralah berpindah.
2.Berpindah awal sebelum air banjir meningkat atau semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
3.Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SUMBER :- JPAM Daerah Kuala Terengganu
17 Ulasan
Nice info... Pernah sekali je alami bnjir kt rumah dulu...
BalasPadamtq atas perkongsian :)
BalasPadamtq sis for the info...
BalasPadamalhamdulilah setkt nie blm lg berlaku dekt kawasan ayie
tpy kne berjg2 juga..
musibah tidak kira tmpt
kwan timm di marang mmg terkesan dgn banjir ni hah..huhu..timm alhamdulillah rumah xpernah bnjr sbb atas bukit..
BalasPadammasa kecil pernah alami banjir sbb sistem perparitan yg x bagus ... sekrg cuma tgk kat tv jer .
BalasPadamsaya redah je kak banjir . bkan slalu hehee
BalasPadamperkongsian yg baik.. tambah2 skrg dah masuk musim dia.. terutamanya kat belah pantai timur..
BalasPadamSblh selatan kUrang bnjir nie.alhmdulillah
BalasPadamBelog Miss Balqis
ingat nak hantar anak balik kg. tp tak jadi sbb kat kg. ada tempat air dah naik... lgpon risau pertengahan jln nak balik kg jln tak dpt lalu sbb air limpah ke jlan mcm pengalaman yg sudah2
BalasPadamperkongsian yang sangat bagus. terima kasih.
BalasPadamAlhamdulillah x pernah alami banjir.
BalasPadamNice sharing Lya... Moga semua orang bersiap sedia...
BalasPadamInfo yg bermanfaat dlm musim tengkujuh ni..
BalasPadamperkongsian yang sangat berguna ..
BalasPadamkuantan x banjir so far kan kak lya?
BalasPadamNice info kak lya.. kt klntan mmg sinonim ng banjir kan.. tp kat umah mertua blm pernag dinaiki air.. takat jalan2 naik air still leh redah lagi la...
BalasPadamKat cne pun musim hujan dah, msh trkawal lagi..good info kak
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.