Kelebihan Bila Tidak Bercouple

Salam Ukhuwah Fillah... 
Selamat Malam Sahabat... 
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Pagi2 dapat satu idea...Lya nak tulis mengenai kelebihan tidak bercouple..Timbulnya idea masa Lya dengar Ustaz duk cakap dalam radio semalam..Boleh la la buat satu entri untuk blog Lya ..


Antara Kelebihan Bila Tak Bercouple ..

- Dapat menjauhkan diri kita daripada maksiat,zina dan dosa.
- Tiada tekanan sebab takkan ada masalah dengan pak we/mak we sebab kita takde couple
- Wang ringgit nak beli TOPUP pon boleh dijimatkan..Kalau ada pak we/mak we banyak duit habis sebab beli TOPUP.
- Malam2 buta tak perlu nak berjaga macam burung hantu duk berbual benda remeh temeh hingga ke pagi..Padahal benda yang dibualkan benda yang sama jer setiap hari..
- Boleh berjaga malam untuk solat tahajjud.Alhamdulillah dapat jugak pahala kat situ..
- Jimat duit lagi sebab tak perlu nak belanja pak we/mak we makan kat kedai.Boleh simpan untuk belanja mak ayah kat kampung.
- Tidak membuang masa.Kalau bercouple ni mesti banyak masa terbuang sebab duk layan pak we/mak we jer..
- Boleh la kita jadi diri sendiri..Kadang2 orang yang duk asyik bercouple ni kan ..dia tak tunjuk siapa dia sebenarnya depan kita..Tapi kalau kita tak bercouple memang sah kita boleh jadi diri sendiri seadanya .
- Hidup lebih diredhai Allah..Itulah yang kita mahu ..Bercouple ni banyak buruk dari baik nya.Kadang2 bila kita dah keluar berdua berjalan bersama tu dah di kira berdosa apalagi bila dah bertepuk bertampar..

Untuk pasangan yang tengah hangat BERCINTA tu.Kalau dah suka sama suka tak yah la nak bercouple bagai nak rak.Berjalan berdating ke sana ke mari.Allah tak suka tau.Jadi kalau Allah tak suka kita jangan la buat buat tak tahu...Beringat la sikit ya.

Setiap apa yang kita lakukan akan ada balasan di hari kemudian..Renungkanlah wahai sahabat !!!

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. betul tu kak, kalau di pikir-pikir balik seronok kalau tak kapel ni. Diri sentiasa terjaga, takde nak pegang-pegang tangan, nak duk rapat-rapat ke..hihi

    BalasPadam
  2. hal ini saya setuju 100% hehe.. terbaik kak lya

    BalasPadam
  3. Banyak kelebihannya bercouple ni... tapi kalau sudah ada ikatan yg sah... :)

    BalasPadam
  4. ni untungnya tak couple kan.. tp kita in relationship je..:p
    dah laa long distance relationship, lepas tu jarang plak dpt tegur menegur ni..kekangan masa punya pasal.. huhuhu..

    BalasPadam
  5. nice sharing... saya pun tak couple lagi... fokus study dgn blogging...

    BalasPadam
  6. kita doa utk anak-anak yg meningkat dewasa, pelihara adab dan jauhi zina...insyaAllah.

    BalasPadam
  7. setuju terbaik perkongsian perhatian utuk remaja...

    BalasPadam
  8. Asalam Lya..ada gerakan dalam tamplate blog Lya tau! sidebar bahagian yg ada widget gerak, seolah agak tak stabil. atau dalam skrin PC etuza ja ada gerakan ni...

    BalasPadam
  9. Cuba letak ruang follower paling bawah ya..sebeb ada tutorial etuza baca follower kena letak bawah sebeb katanya makin banyak makin berat sebeb tu blog kita tak stable, mohon maaf jika info ni tak ada kaitan dgn blog lya ya...

    BalasPadam
  10. dah tiga hari etuza tengok ada gegeran ni

    BalasPadam
  11. Tak best pun bercinta sblm kahwin...

    BalasPadam
  12. Sy in relay jgk..tp long distance. Tu pon mcm ssh je..hihi
    Belog Miss Balqis

    BalasPadam
  13. Couple nie jadikan hidup kita tak bebas... Hehe ^_^

    BalasPadam
  14. Risau dgn isu couple2 ala2 barat skrng ni kan.. semoga anak2 kita semua dilindungi... aamiin.

    BalasPadam
  15. Haaaaa btl tu kak lya...
    setuju sgt... tp ayu dulu mmg dah bercouple2 pon.. tp tula couple2 pon blm akhiri dgn perkahwinan kan??

    BalasPadam
  16. Saya dulu pun couple..
    Ermmm...
    Better hindari..
    Takde pekdah pun.

    BalasPadam
  17. Masa bercintalah paling banyak dosa dilakukan..huhu

    BalasPadam
  18. Yang paling penting, tak buat ape yang Allah larang. Kann? :D indah je hidup tanpa couple, takyah pening2 nak jaga hati pasangan.

    BalasPadam
  19. betul gk Lya...nak2 jarak jauh lg laa bazir..hihih...penglmn sndiri

    BalasPadam
  20. betul sgt tu kak lya.. setuju.. dan paling setuju.. duit topap selamat kalau xcouple2 nie..hikhik..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.