Azira Food Charity Project

Salam Ukhuwah Fillah... 
Selamat Malam Sahabat... 
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

AZIRA FOOD CHARITY PROJECT

- Projek Azira Food Charity Kedua - Kerjasama Antara Dishar Care Foundation (DCF) 

Sumbangan adalah bagi membeli barangan keperluan harian anak-anak Yatim di Kompleks Rumah Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah, Bukit Katil, Melaka. Projek ini dijalankan dari 17/10/2014 hingga 7/11/2014.

17/10/2014 - RM100 serahan tunai Hamba Allah
20/10/2014 - RM50 serahan tunai Hamba Allah
30/10/2014 - RM50 serahan tunai Hamba Allah
3/11/2014 - RM50 transaksi bank Hamba Allah

- Projek Wakaf Al-Quran dan Telekung Azira Food Charity

 TELEKUNG YANG AKAN DIWAKAFKAN 


Sumbangan adalah bagi membeli Al-Quran Humaira dan telekung bagi diwakafkan kepada rumah anak-anak Yatim dan pusat tahfiz yang memerlukan. Target pihak Azira Food Enterprise adalah sebanyak 1000 unit wakaf. Sumbangan ini adalah terbuka sepanjang masa.

Nilai 1 lot wakaf adalah RM5. Harga Al-Quran Humaira besar saiz diari RM65 seunit. Harga Al-Quran Humaira bersaiz kecil RM45.Harga telekung seunit RM50.

17/10/2014 - RM50 serahan tunai Ahmad Syafiq Amir
30/10/2014 - RM15 serahan tunai Hamba Allah
1/11/2014 - RM15 serahan tunai Roshli Adan, Mohd Azri Roshli, Masrah Abu Bakar
1/11/2014 - RM10 serahan tunai Sami'an Saiman dan Menchetti Kadira
4/11/2014 - RM10 transaksi bank Hamba Allah

- Projek Baitul Maghfirah Kg. Setanggi, Johor Bahru

Sumbangan adalah bagi membelikan barangan keperluan harian seperti barangan dapur dan alat mandian untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun.Ubat-ubatan seperti ubat demam dan ubat batuk serta kelengkapan persekolahan juga amatlah digalakkan untuk disumbangkan bagi meringankan beban pengurus Baitul Maghfirah,Ustazah Juhaida Bte Maskom. Sumbangan akan diserahkan pada 18/11/2014. 

5/11/2014 - RM50 serahan tunai Nurin Syafinaz Darman
6/11/2014 - RM100 transaksi bank kak Yati .



Kepada yang masih mahu memberi sumbangan,anda bolehlah membuat sumbangan samaada dengan cara transfer ke dalam akaun bank ataupun serahan tunai kepada En Syahmi.Boleh terus whatsapps : 

Syahmi di 013-7078603 atau 
PM page Azira Food Enterprise di https://facebook.com/azirafood . 

Terima kasih. Moga ALLAH S.W.T memberkati semua usaha murni yang telah anda berikan . Azira Food Enterprise ,Berbisnes sambil beramal. Sama2 kita hulurkan tangan ringankan beban...

Catat Ulasan

13 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.