Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Dari segi bahasa aurat bermaksud setiap benda (anggota) yang dilindungi manusia kerana malu apabila kelihatan.Makna lainnya adalah kecacatan dan kelemahan.
Dari segi syarak ialah semua anggota yang wajib ditutup atau haram di pandang. Atau sebahagian anggota tubuh badan manusia yang malu apabila dilihat orang.
Malu atau dalam bahasa Arabnya ‘haya’ berasal daripada perkataan ‘hayat’ yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman.”
Pakaian yang mudah untuk menjaga aurat dan menjaga malu ialah pakaian yang boleh dipakai untuk solat. Tidak semestinya telekung. Selain telekung ialah :
- Baju yang longgar dan labuh melebihi punggung
- Seluar atau kain yang longgar dan labuh tapi tidak terseret.
- Tudung yang melepasi paras dada BUKAN di atas dada. Dibahagian tepi tudung juga perlu diperhatikan kelabuhannya pastikan menutup bahagian tepi dada.
- Gunakan fabrik yang tidak jarang atau terlalu nipis hingga boleh ternampak warna kulit atau bentuk tubuh
- Pakailah stokin dan sebaiknya yg lebih gelap dari warna kulit.
- Jika lengan baju longgar, gunakan kaf tangan yg menutup sehingga pergelangan tangan.
- Jika memakai kain atau jubah, pakailah seluar yang panjang dan longgar untuk melindungi aurat kaki.
Menutup aurat itu menunjukkan sifat malu.Rakan-rakan yang baik semua, saya pasti kita ada sifat malu. Malu itu sebahagian iman. Malu lah kita dengan Allah, pasti kita akan malu dengan dunia...InsyaAllah.....
15 Ulasan
Btul2....satu wadah perkongsian yang sungguh berinformasi.
BalasPadamnice sharing :D
BalasPadamPerkongsian yg bermanfaat. Semoga Allah memberkati... aamiin.
BalasPadambetul tu..sekarang terasa malu bila paaki ketat2
BalasPadamperkongsian yang baik :) secebis ilmu yang bermanfaat...
BalasPadamThanks sharing kak Lya. :)
BalasPadamSemoga kita semua lebih faham tentang batasan aurat nie...
BalasPadamTq Kak atas pringtnnya
BalasPadamgood sharing :)
BalasPadamKebenaran itu jelas dan dosa itu apabila berat dihati sakit dimata. Peliharalah aurat. Kecantikan wanita terpancar dari akhlak yang baik..
BalasPadamInsyaAllah...ubah diri pd yg lebh baik..
BalasPadamThanks for sharing, k.Lya.
BalasPadamwarna striking boleh menarik perhatian.. hmmm...
BalasPadamthanx atas ingatn nie.. :)
BalasPadamTerima kasih atas peringtan kak lya..
BalasPadamisnyallah akan cube menutup aurat dgn lwbih sempurna.. bkn sekadar memakai tudung je..
kadng2 malu dgn wanita yg hny pakai tudung.. tp trdedah sane sini
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.