Program Cuti Sekolah (Kem Tahfiz & Motivasi Islam) Nov & Dis 2014

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


PROGRAM CUTI SEKOLAH (KEM TAHFIZ & MOTIVASI ISLAM ) NOVEMBER & DISEMBER 2014 

Anda sebagai sang bapa atau ibu sudahkah merancang atau tengah ’berkira-kira’untuk menyediakan pengisian terbaik pada musim cuti sekolah selama sebulan tak lama lagi? Atau anak-anak kita yang masih mentah ’berguru’ dengan TV@ Astro setiap hari dengan rancangan kartun dari pagi hingga petang?...atau jika di kampung anak-anak kecil dan remaja menghabiskan masa begitu sahaja dengan bermain tanpa pulangan apa-apa makna selepas Disember melabuhkan tirai.

Tahukah anda?

Waktu cuti persekolahan,anak anak mengatakan saat itu adalah waktu untuk mereka HONEYMOON dengan membuang masa dengan aktiviti yang kurang berfaedah dan banyak masa terluang dihabiskan begitu saja..ANAK itu PERMATA HIDUP. Sebagai Ibu bapa, anda pasti inginkan yang terbaik dari mereka..betul tak??

Oleh itu, anda sebagai ibu bapa perlu memantau aktiviti anak-anak anda semasa cuti sekolah. Tetapi, anda tidak dapat memantau mereka pada setiap masa disebabkan oleh kekangan waktu bekerja. Jadi, apa yang harus anda lakukan?

Kenapa KEM TAHFIZ AL QURAN & MOTIVASI ISLAM ? 

Kami mencadangkan kepada anda supaya menghantar anak-anak anda mengikuti program Intensif Tahfiz Al-Quran disebabkan oleh ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hambanya. Terdapat dua ganjaran yang dijanjikan kepada ‘mereka’ yang hafaz Al-Quran iaitu:

1. Ganjaran di dunia
Seorang tahfiz dipandang mulia oleh Allah S.W.T berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”

Seorang tahfiz mendapat kebaikan kerana mendalami Al-Quran berdasarkan hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya”

2. Ganjaran di Akhirat
Ibu bapa yang mempunyai anak tahfiz Al-Quran mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. “Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini.”(Imam Ahmad)

Seorang tahfiz akan mendapat bonus daripada Allah S.W.T berlipat kali ganda “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. 
Oleh demikian, tidak mahukah anda mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang berkemampuan untuk hafaz Al-Quran?

Aktiviti Istimewa yang lain dari yang lain iaitu MEMANAH & BERKUDA

Bukan itu sahaja, PROGRAM ini LEBIH daripada itu!! Jom selongkar

APA ADA DENGAN SLOT TAHFIZ INTENSIF?

Teknik yang digunakan adalah teknik GUNDALAN.mudah untuk anak menghafal al Quran.
 Guru akan memastikan surah surah lazim @ Juz Amma dapat dihafaz untuk solat harian

Menarik bukan? Secara tidak langsung anak anda sedang belajar bahasa arab ASAS tanpa sedar.

APA ADA DENGAN SMART SOLAT?

Peserta akan dilatih untuk berwudhuk dan solat dengan sempurna.
Praktikal solat fardu dan solat sunat DHUHA & TAUBAT berjemaah.
Melakukan zikir zikir selepas solat dan doa harian.

APA ADA DENGAN SLOT ANAK SOLEH?

Melalui Slot muhasabah diri, fasilitator akan menyuntik kesedaran mengenai tanggungjawab peserta sebagai hamba Allah, anak serta pelajar supaya mampu menyedarkan mereka betapa pentingnya menghormati dan mendengar cakap ibu bapa

APA ADA DENGAN AKTIVITI OUTDOOR ? ( BERKUDA & MEMANAH)

 Melatih kreativiti (Aktiviti LDK yang menarik)
Memastikan anak anak tidak jemu bukan sekadar teori semata mata.
Memastikan program ini merangkumi aspek Jasadi (anggota badan)

*ANDA, mahukan anak anak anda mendekati Al Quran supaya Al Quran dijadikan TEMAN dan menjadi anak yang soleh dan bermotivasi?

Sekiranya jawapan anda YA...Saya Ibu bapa yang ingin melihat anak anak tidak membuang masa sia sia dan inginkan mereka menjadi anak dan bakal pemimpin yg berlandaskan Syariah Islam.

Kami mengalu alukan anak anak anda ke Kem Tahfiz & Motivasi ini kerana anak anak bukan sahaja mendapat ILMU tetapi pasti seronok dengan aktiviti baru seperti MEMANAH dan BERKUDA..

YURAN ASAL : RM500 untuk 2 minggu (Ahad - Khamis sahaja tidak termasuk cuti hujung minggu)...

Diskaun RM100 untuk 50 peserta yang mendaftar awal sahaja..program lepas sebanyak 70 peserta yang sudah join dan masih belum meberi nama..Bertindak sekarang jika ingin dapatkan diskaun RM100!!

Terasa mahal??

Cuba anda fikirkan daripada kos itu apa yang anak anak dapat?, anda bukan sahaja menambahkan ilmu kepada anak tetapi tetapi yuran dibayar jika dikira selama dua minggu untuk seorang anak dengan pakej lengkap iaitu ilmu + makan 3 kali sehari + kos jagaan selama 2 minggu anak anak anda..agak agak yang mana lagi mahal jika dibiarkan sendiri di rumah tanpa apa apa aktiviti.

Apa tunggu lagi???

Anda boleh membuat tempahan pada hari ini sebelum kuota penuh dan ditutup. Pelaburan yg anda keluarkan pasti berbaloi baloi dgn aktiviti dan pengisian program yang pihak kami tawarkan..IN SHA Allah

Tempat : Akademi Al Quran Asy Syifaa PAKA, TERENGGANU.
Umur : 6-15 tahun (Lelaki & Perempuan)
Tarikh : 23 November -7 Disember 2014
Masa : 8 Pagi - 5.30 Petang
Sijil Penyertaan dan Makanan disediakan : 3 kali sehari
Hubungi : 017-9843316

Jika berminat,sila Daftar segera untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM100 seorang..DISKAUN ini hanya diberikan kepada 50 peserta yang terawal mendaftar sahaja.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Banyak kelebihan. Banyak manfaat. Moga ramai parents yg tertarik dgn kem ni. IM bila dah besar baru terasa rugi bila tak dapat join bebanyak kem macam ni waktu sekolah dulu. :)

    BalasPadam
  2. Satu program yg sgt brmanfaat ni buat parents d luar cna

    BalasPadam
  3. assalamualaikum lya...bagus ni buat anak2 menghabiskan masa pd cuti sekolah nanti...:)

    BalasPadam
  4. baguskan ada program macam nie... boleh tambah pengetahuan dan pengalaman anak2

    BalasPadam
  5. bagus kem ni . kat sini pun banyak juga . pengisian yg bagus utk bebudak drp dok main gadget saja ...

    BalasPadam
  6. Program dgn pengisian yg sgt bagus.. mmg patut anak2 sertai ni. Thanks sharing Lya.. :)

    BalasPadam
  7. Bagus sangat ada program macam ni waktu sekolah. Ada pengisian cuti dengan sesuatu yang lebih baik :)

    BalasPadam
  8. Owh..6 tahun ke atas.
    Anak baru nak masuk.5 tahun.
    Neway, thanx a lots k.Lya..sebab buka minda saya.
    Tak terpikir nak provide xtvt ni untuk anak-anak.

    BalasPadam
  9. Uhhh mmg mahal..
    Tapi tak salah tok pengajaran kan...
    Syoknye..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.