Bila Anak Suka Bergaduh

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...


Anak kecil  bergaduh selalunya kerana mereka belum pandai untuk berinteraksi dan mereka lebih memikirkan apa yang mereka rasa..Mereka buat apa yang mereka suka tanpa memikirkan perasaan orang lain disekeliling mereka...

Elakkan anak2 kita bergaduh sesama mereka..Kalau bukan kita yang mulakan langkah siapa lagi !!!!!...
Kita sebagai ibu bapa jika inginkan anak2 berhenti daripada bergaduh kena rajin-rajinlah menyemai benih kasih-sayang ke dalam diri anak2 kita.Jangan pulak time anak2 bergaduh kita pula duk menggalakkan mereka ..Haa gaduh lagi gaduh lagi ..Nanti dah sakit baru berhenti ..Sepatutnya bila anak2 bergaduh sesama mereka kita sebagai ibu bapa patut la meleraikan bukannnya terus menggalakkan ..

-Jangan membandingkan mereka.Contohnya kalau anak pertama tu dia pandai Matematik jangan la kita duk banding2kan dengan anak yang lain yang tak berapa pandai Matematik..
- Jangan menunjuk lebih kasih kepada salah seorang anak sahaja..Bila kita belikan sesuatu barang jangan hanya belikan pada seorang anak sahaja..Nanti anak yang lain akan terasa..Bila dah terasa tu akan timbullah pergaduhan.
- Jangan sesekali mengatakan,kalau abang tak nak buat, kita usah kawan abang..kepada anak yang seorang lagi. Ini menyemarakkan kebencian. Kebencian dan rasa tidak dikasihi sama rata menyebabkan anak-anak suka bergaduh sesama mereka..

Namun, jika sekadar ringan-ringan itu,perkara biasalah kan !!. Namun,anda perlu tetap membetulkan mereka dan menyemai balik benih kasih-sayang..Semoga anak2 kita membesar sempurna tanpa membawa bersama pergaduhan bila mereka dewasa kelak.

Meleraikan Anak Yang Bergaduh:-

Ikut Cara Rasulullah s.a.w.
Tegur yang lebih dewasa. Dalam meleraikan pergaduhan antara Hasan dan Husain, Rasulullah s.a.w menegur yang lebih dewasa, abang dan bukan adik. Teknik ini bertujuan jika menegur yang lebih dewasa, maka yang lebih dewasa akan bertindak sebagai pemimpin dan membimbing yang kecil.

Ajar Untuk Berkongsi.
Kadang2 anak2 suka berebutkan sesuatu seperti buku dan mainan, maka ibubapa seharusnya mengajar untuk berkongsi. Berkongsi agar sesiapapun dapat manfaat yang sama.

Ambil Barang Yang Direbutkan.
Jika anak2 berebutkan sesuatu contohnya basikal, teknik ini boleh digunapakai oleh ibubapa tetapi tidak digalakkan untuk diamalkan. Dikhuatiri akan membawa teladan buruk bila dewasa.Ibubapa nak tunjuk teladan baik masa kecil tapi takut2 anak2 fikir kalau diri tak dapat sesuatu benda tu, maka orang lain pun tak boleh dapat benda yang sama.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Rasulullah memang contoh sebaik-baik amalan..terbaik perkongsian kali ini.

    BalasPadam
  2. Rasulullah memang contoh sebaik-baik amalan..terbaik perkongsian kali ini.

    BalasPadam
  3. Bagus perkongsian ni dan patut dibaca oleh ibu bapa yg ada anak anak yg suka bergaduh.

    BalasPadam
  4. kan?? tegur biar tegas bukan garang.... :)

    BalasPadam
  5. terima kasih lya utk perkongsian sangat berguna ini...

    BalasPadam
  6. Info yang bagus, semoga bermanfaat untuk kita semua ...

    BalasPadam
  7. Blh d jdikn pnduan utk masa dpn ni

    BalasPadam
  8. Anak saya yang besar ni suka sangat bergaduh.

    BalasPadam
  9. mengajar dari teladan yang terbaik

    BalasPadam
  10. saya teringat msa kecil2 suka bergaduh sbb tak suka orang sentuh barang2 saya. kalau blh harta sya saya sorang ja boleh guna..hehe..sampailh ke besar ni.. prangai tak suka berkongsi

    BalasPadam
  11. Teladani kepimpinan Rasulullah saw.. selawat & salam ke atas Baginda Rasulullah saw

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.