Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Pagi Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ada ketikanya kita perlu akur rentak pertandingan...Ada ketikanya kita perlu akur rentak persaingan...
Ada ketikanya kita perlu hadapi pelbagai rintangan...Semua ini bukan jalan pintas menuju sebuah kemenangan...

Setiap pagi... Jadikan impian semalam diteruskan...Cuba untuk capai.. Jangan jemu..Jangan jemu untuk meneruskan... Jangan ulang kesalahan semalam kerana dikhuatiri berulang kegagalan semalam...Buat penambahbaikan kejayaan semalam untuk menggandakan kejayaan hari ini...

Fokus..Jangan jemu.. Jangan mengalah.. Rehat sekejap bila lelah..Tapi hendaklah teruskan.. Jangan mengalah ...

Lupakan kesedihan semalam biarpun masih terasa....Kejatuhan semalam bukan untuk melengahkan masa.....Segeralah bangun tunjukkan bisa.....Kejayaan luarbiasa bukan datang dari usaha biasa biasa...

Jangan jemu terus berusaha.. Gagalnya kita hari ini mungkin kerana silap langkah... Silap strategi... Ambillah iktibar dari semua kegagalan itu untuk kita kembali mengatur langkah yang semestinya tak mungkin sama dengan langkah sebelum ini...

Fokus!! Istiqamah!! Ingatlah... Anda gigih berusaha hari ini untuk berubah ke arah kejayaan demi keluarga anda... Bukan hanya sekadar menutup dengusan sindiran dan menulikan jelingan menyindir yang pernah buat anda terpinggir...Tapi demi memberi peluang dan membuka ruang.. Mencabar segala keterbasan diri yg selama ini menyekat kebolehan dan kemampuan anda...