Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Petang Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah syukur..Akhirnya Impian Blogger Terkenal BEN ASHAARI untuk memiliki laman web sendiri akhirnya tercapai .. Tahniah En Ben ..Dengan tertubuhnya laman web rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari diharap dapat memberikan sedikit ilmu dan manfaat untuk blogger2 diluar sana ..




Sebelum tu Lya nak citer sikit mengenai  Group Kelab Blogger Ben Ashaari ..Sedikit mengenai Group Kelab Blogger Ben Ashaari ..Ok Lya join Group Kelab Blogger Ben Ashaari melalui akaun facebook sejak 8 bulan yang lalu.. Baru jer aktif dalam Group WhatsApp Kelab Blogger Ben Ashaari dalam dua bulan kebelakangan ni ..

Terima Kasih ya En Ben sudi masukkan Lya kat Group WhatsApp dan mempercayai Lya..Terima kasih jugak pada teman2 blogger yang lain kat Group..Sesungguhnya hubungan yang terjalin mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama kita..Alhamdulillah sangat2 bersyukur dapat mengenali tiap sorang daripada mereka. Kalau Lya nak sebut satu2 kat sini memang tak tersebut...Hanya ucapan Terima Kasih dari Lya buat En Ben dan semua sahabat yang bernaung dalam group... Moga jalinan ukhuwah yang terbina kekal erat hingga hujung nyawa ... InsyaAllah !!!!



Ok beralih kita ke laman web rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari .. 

Pembinaan laman web ini yang diilhamkan oleh perkongsian idea daripada rakan-rakan senior KBBA, tidak lain tidak bukan, ianya bertujuan untuk menjadikan kelab ini sebagai satu komuniti blogger yang aktif dibawah bimbingan pengasasnya iaitu Ben Ashaari.

Dengan tagline “Bukan Sekadar Blogger“,kelab yang ditubuhkan sejak 2009 ini telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 14,000 blogger pelbagai niche dan profesion.

Sehubungan dengan pelancaran laman web dan blog ini juga, kami sebagai perintis kelab ini mengharapkan semoga niat murni kami untuk memartabatkan dunia blog tempatan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim diantara satu sama lain ini mendapat sokongan yang utuh daripada anda semua.

Untuk anda yang berminat nak JOIN .. Maklumat lanjut boleh KLIK SINI 


#KelabBloggerBenAshaari