Ingatan Untukku Juga Kamu

Salam Ukhuwah Fillah...
Selamat Tengah Hari Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah..tetapi usahterlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN,miskinlah...tetapi jangan terlalu miskin,nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA,kayalah..tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK,lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya 
tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH,belilah..selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .
Kalau mahu DUA BUAH RUMAH,belilah..asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .
Kalau mahu MENIMBUN HARTA,bekerja keraslah..asalkan 
jangan sampai terlupa BERIBADAH .

Kalau mahu BERHIBUR,berhiburlah... asal tidak SAKAN dan MENYALAHI SYARIAT .
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG,berkatalah..asalkan jangan sampai MENGUMPAT .
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang,cemburulah..asalkan anda pun BERUSAHA KUAT
sepertinya .


Catat Ulasan

13 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.