Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Sabtu Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Teruskan hidup walaupun selalu di umpat. Itu semua ujian Allah untuk kita ..
Manusia tidak akan pernah puas hati dengan sesuatu... 
Ada saja yang akan menjadi kritikan... 
Sabar adalah penawarnya....
 Pastikan kita sentiasa di hadapan !!!

Sumber Gambar : Mr Google


Orang yang selalu mengata orang biasanya dia tidak tahan dikata orang
Orang yang selalu mengumpat orang biasanya tidak suka diumpat orang
Walaupun dia selalu mengata dan mengumpat orang
Dia tidak tahan diumpat dan dikata, jiwanya menderita
Jiwanya sangat gelisah jika dia dikata dan diumpat
Biasa juga orang yang tidak suka mengata dan mengumpat,
Dia tidak begitu sedih dan tidak susah hati
Jika dia dikata dan diumpat
Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat
Biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri
Dia merasakan dirinya juga
Sering membuat kesalahan dan kesilapan
Kerana itulah dia tidak minat
Hendak mengata dan mengumpat orang

Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran...