Salam Ukhuwah Fillah ...
Salam Isnin Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Adoiii ... Akif balik sekolah tadi tunjuk seluar dia ada ''Chewing Gum'' ... Bila Umi tanya camner leh lekat chewing gum kat seluar ..Akif bagitau ''Kawan Akif ambik chewing gum tu lekatkan kat seluar Akif .. Akif nak buang tak boleh sebab dah melekat kat seluar .. Kalau Akif tahu cepat tak melekat tapi masa rehat baru Akif sedar .. ''Aduhai panjang betul dia punya penerangan .. Kesian dia ...

Lya pon cuba jugak nak hilangkan kesan chewing gum yang melekat kat seluar tu tapi tak jalan jugak .. Masih melekat kat situ .Jadi sebagai Umi yang sakit mata tengok chewing gum tu duk melekat kat situ Umi pon google la camner nak buang chewing gum tu dari seluar sekolah Akif ..

Ni haaaa Chewing Gum yang kawan Akif lekatkan tu ..Anak saper la
yang buat camni ..Dah la banyak melekat kat situ....Tak tanggal sikit
pon lagi ...Huhuhuhuhu sakit mata  menengoknya !!! 

Haaa ni dia petua yang Lya ikut ..Letak seluar Akif kat dalam peti ais
selama beberapa jam ..Sekarang seluar ni ada kat peti ais .. !!!!

Dah siap google .. Banyak jugak la petua yang Lya dapat dari PAK CIK GOOGLE tu ..Tapi Lya pilih nak cuba petua ni dulu ... Masukkan seluar yang terkena chewing gum tu kat peti ais selama beberapa jam pastu  keluarkan seluar ..cabut semua chewing gum yang melekat .. Basuh seluar tu seperti biasa.

Agak2 menjadi ke tak petua ni ya ?Lepas dah keluarkan dari peti ais dan basuh nanti Lya bagitahu ya .Baru letak 1/2 jam. Lya harap menjadi la petua nie ...

Selain petua kat atas tu ..Lya dapat banyak jugak petua nak menghilangkan Chewing Gum yang melekat pada pakaian ...Antaranya ..

Guna clorox...Curah sedikit clorox pada permukaan pakaian yang terkena chewing gum dan tunggu tindak balas clorox untuk seketika ..Gosok dengan berus dan letakkan sedikit sabun dan kotoran akan tanggal dengan mudah ... Tapi petua ni kalau pakaian yang luntur warna tak boleh guna ..Nanti tak pasal2 pakaian luntur warna la pulak ....

Sahabat tahu tak petua lain untuk menanggalkan gula2 getah pada pakaian ...Mana tahu kot2 petua yang Lya guna tu tak menjadi boleh la cuba petua yang lain ... Jom kongsi ..