MH17 Sayu Dan Sedih Melihat Wajah Si Kecil Abderrahman Ahmad Hakimi

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...






Abderrahman Ahmad Hakimi Hanapi, 9 bulan, anak lelaki kepada pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi, didukung oleh rakan sekerja dari MAS ketika solat jenazahnya di Masjid Putra, Putrajaya .



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga anak kecil ini tabah meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Amin.


#sayu #hiba #sebak #sedih

Allahyarham Ahmad Hakimi Hanapi

Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.Dia 
akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

“Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.“Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya,” katanya.

“Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa,” katanya.

Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.“Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.
“Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang,” kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.
“Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.

“Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid,” katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.“Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah.”Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah “bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar”.

Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.
Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.“Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.“Dia berkata, ‘Muka macam Abderrahman’. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim,” kata Asmaa.

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.“Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.“Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui,” katanya.

AL Fatihah & Salam Takziah 

Sumber: MStar


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Al-Fatihah..mmg sayu kak Lya..Moga roh2 mereka tenang di SANA

    BalasPadam
  2. al fatihah... mmg sedihkan.. lg2 tinggalkan anak yg masih kecil tak mengerti lg apa makna semua tu... smg arwah ditempatkan bersama solohin...

    BalasPadam
  3. Al-fatihah,,sayu hati,,,semoga anak kecil dan keluarga kuat hadapi ujian ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Al fatihah..semoga seidi keluarga tabah menghadapi dugaan jni..

      Padam
  4. ksian anak soleh tu..dia tgk je tp lgsg xfaham pape..nnt dah besar kalau dia teringat peristiwa yg dia tgk hope dia tabah lah nnt! #rememberingMH17

    BalasPadam
  5. Hmm... Menarik perhatian smua org... Senyuman yg tak tahu apa yg berlaku disekelilingnya...

    BalasPadam
  6. Sungguh mulia keperibadian yang Allahyarham tunjukkan semasa hayat.
    Semoga isteri beliau tabah. Semoga anak beliau membesar menjadi anak soleh.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.