Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Berhasrat Menindik Telinga Anak,
Berikut Tips Dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad
Sumber : - Facebook Dr Zubaidi |
Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27)
Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam.
Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi.
Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak.
Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang lebih kuat.
Pastikan anak telah disuntik dengan vaksin Diphteria-Tetanus-Pertusiss (DTaP) yang melindunginya dari tetanus. Banyak kes jangkitan kuman yang lebih bahaya menyebabkan kejang an sawan akibat jangkitan kuman tetanus berpunca dari luka tindikan.
Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doctor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan meberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi.
Pastikan anting-anting yang hendak digunakan adalah dibuat dari bahan yang berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat dari kromium selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
Dalam masa 6 minggu pertama, ibubapa harus memberikan perhatian pada luka tindikan itu. Ini untuk memastikan tiada jangkitan kuman atau alahan pada cuping telinga anak. Jaga kebersihan luka menggunakan air bersih saja.
Moga2 Tips Ini Berguna Untuk Kita Semua ...
25 Ulasan
Baik tunggu anak besar baru tindik..kecik2 kalau sakit..nangis..kesian pulak tengok
BalasPadamBtol tu Nad
PadamMama memang tak suka tindik telinga anak kecik Ni... Anak mama dua perempuan, yang Kakak mama tindikkan darjah 1, yang Sufi mama belum tindikkan.. Mama sendiri bertindik masa anak kawin dulu... Penakut punya pasal
BalasPadamPenakut rupernyerr hehehe
PadamTQ untuk infonya sis...
BalasPadamSama2 Ayie
PadamNice sharing k.lya. Kakak ipar ana lak cakap takleh tindik, sbb kita seolah2 mendera dia. Huhu. Wallahualam
BalasPadamAda betulnya jgak tu Ana..
Padambest tips ,tq sharing
BalasPadamSama2 tyy..
Padamperkongsian yang bagus..anak dara saya pengasuh y tindik..tak ingat masa tu berapa bulan tp kecik lagi lah..syukur takde masalah..
BalasPadamTq Mar..
PadamDulu pernah tindik, lepas tu dah tak pakai dah. Hahaha. Takut nak tindik :(
BalasPadamTakutnyerr
PadamMmg x suka pun... Sy sndiri pun x tindik..
BalasPadamBtul tu Maria..tak suka tak suka....tp lya mmg bertindik masa kecik2 dlu dahh..
PadamDania dulu tindik telinga masa umur 2 tahun...pakai sekejap jer sampai darjah 1, pas tu dah bukak sebab dia rimas..hehehehe
BalasPadamSama la ngan Insyirah..sekarang dah tak pakai...
Padamsaya dulu bidan kg yg tindikkan ... semua adikberadik pun camtu . tapi sekarang dah tak ada khidmat bidan ...
BalasPadamBetul tu vee...
Padamkathy tunggu anak besar baru nak tindik..
BalasPadamlya tindik telinga masa umur 12 thn..
BalasPadamhusna tindik masa kecik itupon nangis meraung2..-.-
BalasPadamtak sangka serius jugak kesan tindik telinga nih kalau tak diberi perhatian..:/
Kalau la zumal nie perempuan, tak pakai anting2 pun tak pe la... Takut la tindik2 tu ;)
BalasPadamtindik guna yang jenis penembak tu..tak rasa sakit sangat
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.