Salam Ukhuwah Fillah ..
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Sekarang dah 1:00 pagi .Cepat jer masa berlalu..Tetiba jer hati Lya ni berdebar.Bercampur antara TAKUT juga SEDIH.Tepat jam 7.00 pagi nanti pembedahan pembuangan tonsil Akif dan Insyirah akan dilakukan.Akif yang akan dibedah dahulu.

Selesai pembedahan Akif,Insyirah pula menyusul...Sedih juga sebab tak dapat nak temankan kedua2nya. Selepas Akif selesai En Hubby yang akan ambil alih menjaga Akif kat wad sementara Akif sedar..Lya kena tunggu Insyirah selesai baru la dapat bersama semula ngan Akif .Jadi untuk tempoh menunggu Insyirah hingga selesai pembedahan En Hubby takder sebab kena jaga Akif ..Huhuhuhu sedih sangat2 ..Kalau En Hubby ada kat sisi boleh la bercakap berborak sementara waktu menunggu pembedahan selesai...

Lya tak tahu nak cakap apa sebenarnya ..tapi hati ni meronta2 untuk menulis ..Menulis tentang rasa menulis tentang perasaan menulis tentang keadaan anak2 .Tapi Lya tak tahu camner nak gambarkan sekarang ..

Apa yang mampu Lya buat berdoa banyak2 moga Allah SWT permudahkan segalanya untuk Lya sekeluarga pagi nanti.Moga2 pembedahan pembuangan Tonsil,Insyirah & Akif berjalan lancar.Doakan juga untuk anak2 Lya ya Sahabat ..Terima Kasih ..