Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ..

Alhamdulillah pagi tadi ada perjumpaan ibu bapa sempena Majlis Temu Mesra 2014 kat sekolah Kakak Insyirah & Iman.Cikgu kelas Kakak Insyirah ada bekalkan sebuah buku berjudul ''SARANA Ibu Bapa''untuk semua ibu bapa yang hadir .Apa benda SARANA Ibu Bapa ni ya?? Lya pon tak tahu sangat tapi bila dah baca semua isi kandungan yang ada kat dalam buku ni alhamdulillah faham sudah.

Kat sini Lya taip balik semua yang Lya baca mengenai SARANA Ibu Bapa ..Moga bermanfaat untuk Ibu Bapa di luar sana ..InsyaAllah .. 


SARANA dalam Kamus Dewan bermaksud (Segala) sesuatu yang dapat digunakan sebagai alat dan sebagainya untuk mencapai atau melaksanakan sesuatu  [Kamus Dewan Edisi Keempat]

SARANA Ibu Bapa merupakan suatu insiatif kebangsaan bagi meningkatkan pengibatan ibubapa dalam pembelajaran anak2 di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta; MALAYSIA .

Sarana ini diujukan khas kepada ibubapa dan boleh dikongsikan bersama2 dengan ahli keluarga yang lain.Tujuan asasnya adalah untuk membantu ibubapa melaksanakan tugas pertama dan paling penting,iaitu mendidik anak2 mereka.

Sarana ini mengandungi soal selidik untuk ibubapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak2.Cadangan tindakan susulan diberikan kepada ibubapa untuk menambah baik bidang2 tertentu.Sebenarnya ibubapa telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masingagar anak2 mereka berjaya dalam pelajaran.Usaha ini jika dipertingkatkan akan memberikan kesan yang lebih besar.

Amalan2 terbaik daripada ibubapa,PIBG dan sekolah di dalam dan di luar negara dipaparkan untuk memberikan gambaran tentang cara mereka mengatasi cabaran2 yang dihadapi.Diharapkan amalan2 ini dapat menokok tambah usaha yang telah dilaksanakan oleh ibubapa.

Cadangan2 yang telah diberikan oleh SARANA ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap ibubapa mempunyai persekitaran,kemudahan serta pengalaman yang unik dan bebeza2.Walau bagaimanapun setiap usaha yang diambil oleh ibubapa untuk terlibat lebih mendalam dalam pembelajaran anak2 dirumah sangatlah dialu2kan..

Apabila anak2 mengetahui bahawa ibubapa mereka sangat mengutamakan pendidikan,maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka ...

Oleh itu,amatlah penting ibubapa menilai penglibatan mereka bersama2 dengan anak2 dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mebantu anak2 meraih kejayaan pada masa hadapan.Dalam Sarana ini,satu kaedah yang dicadangkan ialah ibubapa mengisi borang soal selidik yang dibekalkan dan menganalisis sendiri kekuatan dan kelemahan dalam empat bidang ;

1 - Penyediaan Suasana Pembelajaran Di Rumah
2 - Interaksi Sosial Dengan Anak
3 - Komunikasi Dengan Anak
4 - Sokongan Terhadap Kecemerlangan Anak

Namun sekiranya ibu bapa ingin melebarkan kefahaman dan mengambil iktibar daripada pengalaman ibu bapa yang lain,mereka perlulah berhubung dengan PIBG sekolah berkenaan.Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) PIBG sekolah anak anda bersedia berkongsi buah fikiran bagi menangani setiap isu.Anda juga mungkin boleh memberikan sumbangan idea bernas kepada mereka .

Rujukan Lya :- Buku SARANA Ibu Bapa (gambar atas)