Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Ketika burung hidup ia makan ulat
Ketika burung mati ia dimakan oleh ulat
Waktu terus berputar sepanjang zaman
Kitaran kehidupan terus berlaku ....
Jangan merendahkan sesiapapun dalam hidup
Bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita
Kita mungkin lebih berkuasa tapi
Waktu lebih berkuasa dari kita .
Waktu kita sedang berjaya
Kita merasa banyak teman disekeliling kita
Waktu kita sakit kita baru tahu bahawa
Sihat itu sangat penting jauh melebihi harta ..
Ketika kita tua baru kita tahu
Masih banyak yang belum dikerjakan
Dan setelah diambang ajal kita baru tahu
Begitu banyak waktu yang terbuang sia2...
Hidup tidaklah lama
Sudah saatnya kita bersama2 membuat hidup lebih berharga
Saling menghargai saling membantu dan memberi
Juga saling menyokong
Jadilah teman perjalanan hidup ini
Tanpa banyak soal dan syarat ..
BELIEVE IN ''CAUSE & EFFECT''
Apa yang ditabur itulah yang akan kita tuai
Sama2 kita renungkan siapa kita hari ini
Jangan biarkan masa berlalu tanpa sebarang amal soleh
Dan kebaikan apatah lagi
Hari2 yang penuh dengan dosa dan kejahatan
Serta kedengkian pada orang lain ..
SELAMAT BERAMAL
MATI ITU PASTI !!!
SYURGA ITU PASTI !!!
NERAKA ITU PASTI !!!
AZAB ITU PASTI !!!
Apa yang kita TAK PASTI ialah BILA KITA AKAN MATI !!!!
23 Ulasan
sangat setuju dengan entri ini... hidup ini macam roda..ada masa di atas ada masa akan di bawah
BalasPadamTq AP..
Padamsokong dgn apa yg kak Lya tuliskan..kekadang tu kita mmg akan terfikir sesuatu itu bilamana kita rasa kehilangan benda tersebut.Contoh yg baik kesihatan.Bila sihat buat benda xingt dunia tapi bila ditimpa sakit barulah terfikir banyaknya perkara sia2 yg kita buat masa sihat....
BalasPadamBetul tu Ikhwan ..tq
Padamterima kasih kak lya perkongsian nie.. hidup di dunia hanya sementara.. semoga kita dimatikan dalam keadaan yang baik..amin..
BalasPadamSama2 Aniss
PadamTerima kasih atas perkongsian. Manfaatkan setiap detik dlm usia kita..
BalasPadamSama2
PadamLya ; termotivasi pcl.. thnks. terus memberbaiki sahsiah diri .
BalasPadamSama2 PcL
PadamMoga kita bersedia menghadapi yang pasti akan menyusul...
BalasPadamBetul tu Zumal ..
PadamBetul3. Hidup ni tak lama pun dibandingkan dgn kehidupan akhirat.
BalasPadamBetul tu Ana..Hidup kita ni tak lamapon ..
Padamperkongsian yg sgt bagus
BalasPadammembuatkan yumida berfikir sejenak akan amalan diri sendiri
moga kita sentsia beringat padaNya
Thanks Yumida ..
PadamMoga kita sntiasa beringat2..
Mati itu pasti.. Kita kena bersedia menyiapkan diri dengan amalan dan ibadah sebagai bekalan ke sana..
BalasPadamSETUJU ..Mati Itu Pasti ..Cuma kita tak tahu bila masanya akan tiba..
Padambetul..hkadang2 kita berada di ats..sesekali harus jengah ke bumi jugak kan....mati itu semeangnya pasti...hanya amalan penentu segala...
BalasPadamBetul tu SA...
PadamSetuju sgt2 dgn kata-kata tu... Begitulah kitaran hidup..
BalasPadamjalani kehidupan untuk akhirat sana :)
BalasPadamHargai kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah sebaiknya :)
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.