Kitaran Hidup Terus Berlaku

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ketika burung hidup ia makan ulat 
Ketika burung mati ia dimakan oleh ulat 
Waktu terus berputar sepanjang zaman 
Kitaran kehidupan terus berlaku ....

Jangan merendahkan sesiapapun dalam hidup 
Bukan kerana siapa mereka tetapi kerana siapa diri kita
Kita mungkin lebih berkuasa tapi 
Waktu lebih berkuasa dari kita .

Waktu kita sedang berjaya 
Kita merasa banyak teman disekeliling kita 
Waktu kita sakit kita baru tahu bahawa
Sihat itu sangat penting jauh melebihi harta ..

Ketika kita tua baru kita tahu 
Masih banyak yang belum dikerjakan
Dan setelah diambang ajal kita baru tahu
Begitu banyak waktu yang terbuang sia2...

Hidup tidaklah lama 
Sudah saatnya kita bersama2 membuat hidup lebih berharga
Saling menghargai saling membantu dan memberi
Juga saling menyokong 
Jadilah teman perjalanan hidup ini
Tanpa banyak soal dan syarat ..

BELIEVE IN ''CAUSE & EFFECT''
Apa yang ditabur itulah yang akan kita tuai 
Sama2 kita renungkan siapa kita hari ini 
Jangan biarkan masa berlalu tanpa sebarang amal soleh
Dan kebaikan apatah lagi 
Hari2 yang penuh dengan dosa dan kejahatan
Serta kedengkian pada orang lain ..

SELAMAT BERAMAL

MATI ITU PASTI !!!
SYURGA ITU PASTI !!!
NERAKA ITU PASTI !!!
AZAB ITU PASTI !!!

Apa yang kita TAK PASTI ialah BILA KITA AKAN MATI !!!!


Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. sangat setuju dengan entri ini... hidup ini macam roda..ada masa di atas ada masa akan di bawah

    BalasPadam
  2. sokong dgn apa yg kak Lya tuliskan..kekadang tu kita mmg akan terfikir sesuatu itu bilamana kita rasa kehilangan benda tersebut.Contoh yg baik kesihatan.Bila sihat buat benda xingt dunia tapi bila ditimpa sakit barulah terfikir banyaknya perkara sia2 yg kita buat masa sihat....

    BalasPadam
  3. terima kasih kak lya perkongsian nie.. hidup di dunia hanya sementara.. semoga kita dimatikan dalam keadaan yang baik..amin..

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas perkongsian. Manfaatkan setiap detik dlm usia kita..

    BalasPadam
  5. Lya ; termotivasi pcl.. thnks. terus memberbaiki sahsiah diri .

    BalasPadam
  6. Moga kita bersedia menghadapi yang pasti akan menyusul...

    BalasPadam
  7. Betul3. Hidup ni tak lama pun dibandingkan dgn kehidupan akhirat.

    BalasPadam
  8. perkongsian yg sgt bagus
    membuatkan yumida berfikir sejenak akan amalan diri sendiri
    moga kita sentsia beringat padaNya

    BalasPadam
  9. Mati itu pasti.. Kita kena bersedia menyiapkan diri dengan amalan dan ibadah sebagai bekalan ke sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SETUJU ..Mati Itu Pasti ..Cuma kita tak tahu bila masanya akan tiba..

      Padam
  10. betul..hkadang2 kita berada di ats..sesekali harus jengah ke bumi jugak kan....mati itu semeangnya pasti...hanya amalan penentu segala...

    BalasPadam
  11. Setuju sgt2 dgn kata-kata tu... Begitulah kitaran hidup..

    BalasPadam
  12. jalani kehidupan untuk akhirat sana :)

    BalasPadam
  13. Hargai kehidupan yang dipinjamkan oleh Allah sebaiknya :)

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.