Ada Sangkaan Baik..Ada Sangkaan Buruk

Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Petang Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Ada Sangkaan Baik... Ada Sangkaan Buruk... 


Orang beribadah disangka riak 
Orang relaks disangka malas 
Orang berbaju baru disangka menunjuk 
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina) 
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang makan sedikit disangka diet 
Orang senyum disangka mengejek 
Orang masam disangka merajuk 
Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang diam disangka menyendiri 
Orang menawan disangka memakai susuk 
Orang tampak ceria disangka ada membela...

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt, 
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa, 
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya, 
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya, 

Jauhi sikap suka bersangka-sangka 
kerana ia bakal memusnahkan ukhuwah 
seperti musnahnya kayu dimakan api... 
satu benda yang kita lihat, 
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat 
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya ...


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. bersangka baik nie laa yang kebanyakkan orang susah nak buat..mereka lebih senang untuk bersangka buruk dari bersangka baik..harap2 saya tak tergolong dari golongan macam tu...menabung VW sini...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. betul tu......kena buang segala prasangka buruk itu..:D

    BalasPadam
  3. selalulah bersangka baik sebaiknya :)

    BalasPadam
  4. Daripada berprasangka yang boleh mengundang dosa lebih kita diam kalau kita tidak tahu mengenainya :)

    BalasPadam
  5. Moge dijauhkan dari bersangka buruk dgn org..insya-Allah..amin :)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum lya...betul tu kena buang prasangka buruk tu..;)

    BalasPadam
  7. Bersihkan.hati dan sngkalah yg baik2..

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.