Salam Ukhuwah Fillah ...
Selamat Pagi Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...
Selamat Hari Guru
Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi, semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (HR Tirmizi)
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
SELAMAT HARI GURU KE-43 TAHUN 2014
''Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi"
Terima kasih Cikgu... Semoga ilmu yg disampaikan menjadi bekalan Jariah diakhirat kelak... InsyaAllah..
13 Ulasan
Besar jasa dan pahala seorang guru. Semoga semua guru2 diberkati dan dirahmati Allah.
BalasPadamSelamat hari guru kepada semua kerana kita juga adalah guru. :)
Betul tu BM
PadamDulu zaman sekolah zumal rasa sayu jer bila cikgu nyanyi lagu kami guru Malaysia masa sambutan hari guru... Rasa rindu masa sekolah :))
BalasPadamSama la teringat2 Cikgu duk menyanyi lagu tu hehehe ..
Padamselamat hari guru buat semua yang bergelar guru
BalasPadamJemput singgah ke blog saya
htps://cik-puan-emy.blogspot.com
Ok nanti Lya singgah ..
Padamwahhhh...selamat hari guru..!
BalasPadam^___^ jasa mereka memang banyak sangat..!
Selamat hari guru
Padamassalamualaikum akif....selamat hari guru...:)
BalasPadamWaalaikummussalam ..Mama MasZul..
PadamSelamat hari guru utk semua guru
selamat hri guru buat semua insan bergelar guru
BalasPadamSelamat hati guru...
BalasPadamSelamat hari guru
BalasPadamAssalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.