Salam Ukhwah Fillah ..
Selamat Tengahari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Tadi Lya sempat bukak FB ..Bukan nak melayan FB sangat tapi nak check kot2 ada mesej dari sahabat..Tetiba terpandang kat FRIEND REQUEST ada satu orang tu ADD Lya .. Biasanya kalau kat FB y ni ramai geng2 bogger & geng 2 contest la sebab Lya mmg banyak join contest ..Kalau ader jer MUTUAL FRIEND lebih dari 20 Lya akan approve,lepas dah tapis setapis tapisnyerr..Maknanyerr lepas Lya dah review semua FB dia la hehehehe ..Review la sangattt .. Dah Ok semua barula boleh approve sbb Lya ni jenis yg hati2 skit dgn orang yg nak ADD KAWAN ni.Macam2 peel perangai diaorg sebenarnya,jadi kita kena hati2 ..

Cakap pasal orang yang Add Lya pagi tadi tu..Alahai namanyerr ''S..... Duck''.Tak tahu la org Melayu ker,orang putih ker atau orang Japang kahhh??? Kena pulak g ngendap FB dia nak tahu orang apakah dia??Adakah dia ni OMG aka Orang Misteri Gegar sebab profile pic dia topeng 'Guy Fawkes' .. Dah la MISTERI,Lya tak menyukai profile pic tersebut..Maaf cakapla  profile pic tu buat Lya sakit hati dan ada perasaan marah disitu ..Jadi Lya tak approve dia ..huhuhuhu..Yg menjadi misteri Lya pon tak tahu dia ni dalam bangsa apa ..Nama tu pon dah pelik, ntah lerr .


Ramai kalangan kita menggunakan topeng 'Guy Fawkes' sebagai simbol kepada penentangan dan pembebasan rakyat.Tetapi ramai tidak tahu bahawa ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama tersebut.Jadi sebagai umat Islam, kalau kita boleh mengharamkan sambutan Valentine, sambutan itu dan ini kerana sesuatu sambutan itu berunsur keagamaan, kenapa pula harus kita menggunakan topeng ‘Guy Fawkes’ seorang pejuang Kristian yang berjuang untuk agamanya sebagai lambang kita? Jangan kita terperangkap dengan tipu daya Nasrani dan Yahudi!!!

MOHON ORANG ISLAM JANGAN PAKAI TOPENG INI!!!
Seyesss tak paham la dgn ummat akhir zaman nie..Macam2 la yang diorang buat tapi tak tahu benda yg dibuat itu merosakkan akidah sebagai ummat islam ..