Adab Kejutkan Anak Tidur


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Selamat Tengahari Sahabat ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang juga peluang untuk terus mencoretkan kata2 .Sebenarnya sehari dua ni Lya sibuk sikit.Tak sempat nak update entri.Jadi Lya schedule jer.Nak BW pon tak sempat.Hari ni baru sempat update...

Ok hari ni Lya nak kongsikan beberapa tips dalam kejutkan anak2 ..


Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa :-
  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur
  • Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan
  • Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
  • Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
  • Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
  • Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
  • Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
InsyaALLAH , anak2 kita akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.Jom amalkan bersama ...

SaYaNg SeLaLu ,
Lya

Catat Ulasan

5 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.