Pemadam Sahabat Terbaik Pensel ..


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

Hayati Dan Renung2kan

PENSEL : Saya minta maaf.
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.
PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera. Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.
PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang, Saya bangga dengan kerja saya ni. Jadi jangan la risau...

Ingatlah, ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai Pemadam manakala kita pula sebagai Pensel. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yg kita lakukan..mereka adlh ibarat pemadam terbaik utk anak-anak mereka..Selagi mereka hidup jangan sia-siakan mereka...
Jagalah ibubapa anda & balaslah jasa mereka dgn kebaikan...
Begitu juga dengan sahabat..


SaYaNg SeLaLu,
Lya  ❤

Catat Ulasan

4 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.