Kata2 Hikmah Motivasi Untuk Sahabat


Assalamualaikum ...
Salam Ukhwah Fillah ...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat Semua ...

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah2 hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambah la malasnya. Hehehe..

Jadi bacalah koleksi kata-kata hikmah ‘Motivasi’ di bawah. Semoga semangat sahabat pulih seperti sediakala. Semoga semangat juang sahabat kembali segar. Semoga sahabat mendapat hikmah dan kebaikan daripadanya. Agar jiwa sahabat kembali kental. Agar jiwa sahabat kembali bersemarak. Seolah2 seseorang yang baru sahaja menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat.

1. Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.
8. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.
9. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
10. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
11. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
12. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
13. Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
14. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
15. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
17. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
18. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
19. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤

Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. i love quotes2 macam ni .kdg2 kata2 mcm memberi kita inspirasi kala kite terjatuh .

    " Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.." =)

    BalasPadam
  2. Terima kasih Lya di atas perkongsian ini :)

    BalasPadam
  3. salam
    akak setuju sgt kata2 no 1 tu...sbb ramai yg merasakn merekalah paling hebat,paling berkuasa,paling garang bila menengking2..marah2...
    hakikatnya mereka paling lemah kerana kalah pada nafsu dan bisikan syaitan..

    salam kenal...follow sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq Kak ..Sudi Follow ..Lya takleh nak Follow lagi kak butang FOLLOW semua masalah dah nie huhuhuhuu..

      Padam
  4. manusia ada up n down.
    sejak kebelakangan ni..kita cuba pandang semua dlm sudut positif.
    even rasa sedih pun kita cuba sorok..;)
    smile.
    :)

    BalasPadam
  5. thank u.. very nice entry... :)

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian hebat ini

    BalasPadam
  7. Terima kasih...sungguh bermakna kata2 diatas

    BalasPadam
  8. Yg no 1 rmai skrg ni kan...awmua nk jd hebat berkuasa....

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.