Tiga Kategori Sabar

PERTAMA:
Sabar saat datangnya musibah dan juga ujian. Sabar jenis ini memang biasa dengan kita.
Kita kadang-kadang ada masalah dengan seseorang. Jalan sesak yang mambuat kita marah,
beratur lama2 untuk membayar bil membuat kita marah atau anak menangis disaat kita letih
boleh juga membuat kita marah  dan seribu satu macam keadaan lagi.

KEDUA:
Sabar daripada melakukan dosa dan maksiat. Menahan diri secara konsisten daripada melakukan maksiat seperti tengok wanita seksi, mencuri, mengata dan mengumpat juga termasuk dalam jenis sabar.

KETIGA:
Sabar dalam melakukan kebaikan dan ibadah. Konsisten kita membuat kebaikan seperti sedekah, tidak tinggal solat dan menolong mereka yang dalam kesusahan itu agak sukar. Kadang-kadang ada masa kita malas buat baik, malas sedekah juga malas solat.

Kalau kita dapat menguasai ketiga-tiga jenis sabar ini maka kita sedang menuju untuk menjadi insan yang betul-betul soleh. Sebab itu orang soleh ini kita lihat tenang sahaja hidup dia sebab mereka menguasai ketiga-tiga jenis sabar ini.

SaYaNg SeLaLu ,
Lya ❤ 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.