KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

Biobax

EXCHANGEFEDGROUP


Wednesday, 2 March 2016

Resipi Aiskrim Choki Choki

Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Resipi Mudah Aiskrim Choki Choki 


Resipi Aiskrim Choki Choki.Sekarang ni kan,kalau buka facebook ada jer gambar viral aiskrim choki choki duk melintas duk menari nari kat wall.Bukan setakat melintas menari jer,siap melambai lambai lagi tu.Bila tengok jer aiskrim choki choki tu kan.hati ni rasa jugak la nak membuatnya.Tapi lepas sehari sehari tak jugak pergi beli bahan bahan.Bila nak mula buat aiskrim choki choki ntah.Makanya nak jadi cerita,pagi ni Lya up satu entri bertujuan untuk simpan resipi aiskrim choki choki ni haaa..,mana tahu kot kot tergerak hati esok lusa nak buat senang,boleh rujuk entri Lya je.


Resipi Aiskrim Choki Choki


Bahan Bahan Untuk membuat Aiskrim Choki Choki

- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu cair
- 4 tin air yang telah di masak
- Sedikit garam
- 2 sudu 1/2 tepung jagung
- Choki choki ikut kesukaan anda nak letak banyak mana

Cara Cara Untuk Membuat Aiskrim Choki Choki 


1.Masakkan air,susu pekat manis dan juga susu cair sehingga mendidih.
2.Setelah mendidih,kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut.Kacau hingga sebati.Kalau ta nak masukkan tepung jagung pon takpe sebab susu tu pon dah boleh lembutkan aiskrim.Mak aii pepandai jer Lya ni..Heheheheee.
3. Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak lemak sikit.Kacau lagi sekali dan tutup api.
4. Dah siap semua sekali,jangn lupa tapis adunan tersebut.
5. Biarkan sejuk untuk seketika sebelum di masukkan ke dalam plastik aiskrim atau boleh jer kalau nak masukkan dalam bekas aiskrim.Mana mana la yang korang suka.
6. Choki choki tu masukkan sekali kat dalam plastik aiskrim dan picit picit untuk bagi rata..Takde la nanti bila siap terkumpul kat satu tempat je.Picit picit dan ratakan elok elok tau.Nanti comel la rupa bentuk aiskrim korang..
7. SIAP dah AISKRIM CHOKI CHOKI...Boleh masuk kat peti ais dah.Tunggu dah keras,boleh la makan.Alohaaa tak sabar nak buat ni..Tak sabarrrr..Anak anak penggemar Choki choki...Mesti diaorang suka aiskrim ni.

Aiskrim Choki Choki
Ni laa dia bentuk rupa bumi Aiskrim Choki Choki tu yer !!! Macam sedap jer.Ok ni gambar Lya Lya dapat dari FB Aila ..Kita bagi kredit untuk gambar ni kat Aila.Tq Aila..Sorry eaa buat masuk gambar kat blog..Pinjam dulu gambar awak,nanti kita buat aiskrim ni..


29 comments:

  1. yg ni xbuat lg..bhn asa sama je semua..ikut kretip je lg..hiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha aaa ..ikut diri masing2 laa nak buat lagu mana

      Delete
  2. kak lya buat ehhh..kite nk rasa..hihi

    ReplyDelete
  3. terliur plak tgk.mjr x ngndung, kalo x kena paksa buat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan Mila...kalau mengandung kena carikk la aiskrim ni

      Delete
  4. Replies
    1. Ha aaa..menarik dan ramai yg dah buat

      Delete
  5. sedapppp Kak Lya..AB beli je dengan orang..nak buat punyela tak sempat (malas sebenarnya)..hehehehhe

    ReplyDelete
  6. Try buat semalam.. Tapi x brpa menjadi.. Sbb choki2 berkumpul kt satu tempat..bila tekan ke bwh, terus jd comot..any idea mcm ne nk kasi choki2 turun ke bwh?? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun mcm tu hari tu sis. Xmenjadi. Comot pulak

      Delete
    2. Kena ratakan betul2 choki2 tuu

      Delete
    3. choki2 tu bekukan dulu pastu baru masukkan choki ke dlm plastik askem...pastu picitkan choki tu n lenyek dia....sy da buat....tp suami la yg tlg masukkan choki tu...cepat sikit siap

      Delete
  7. sedap menarik tertarik memang dabomm

    ReplyDelete
  8. Sis,mcm mana nak masukkan coki2 ni.hr tu saya ada try buat tp coki2 nya melekat je kat plastk. Jd lain pulak.coki2 masukkan sebelum letak bhn yg dididih tu ker or leps tu bru msukkan coki2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas masukkan bahan didih tu masukkan choki choki...picit3 bagi rata..

      Delete
    2. Sis, kalau takde tepung jagung tu still gak menjadi yea sis..

      Delete
  9. wah nak buat juga ni kak lya

    ReplyDelete
  10. Ape maksud 2 sudu 1/2 tepung jagung

    ReplyDelete
  11. Kalau x ade tepung jagung tu cam mane

    ReplyDelete

Assalamualaikum ...Salam Ukhuwah Fillah ..
Terima Kasih Sudi Singgah ..Terima Kasih Juga Kerana Sudi Tinggalkan Komen !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Akif Imtiyaz Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah