Tahniah Atas Kejayaan Menamatkan Pengajian Dalam Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris : Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang
Tahniah anakanda tersayang, Nur Aina Insyirah Suhaimi. Umi dan abah ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan anakanda menamatkan pengajian dalam Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Pahang.
Kakak telah membuktikan bahawa dengan
usaha, doa dan semangat yang tidak pernah luntur, kejayaan pasti akan menyusul. Umi dan abah sangat bangga melihat Kakak melangkah ke satu fasa baru dalam kehidupan dengan penuh keyakinan dan ilmu.
Semoga pencapaian ini menjadi pembuka jalan kepada kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruslah melangkah dengan rendah hati, membawa nilai-nilai murni yang telah dididik sejak kecil. Umi dan abah sentiasa mendoakan yang terbaik buat Kakak.
13 Mei 2025 ... Hari ini, langit terasa lebih luas, udara terasa lebih tenang. Segala lelah, doa dan tangisan selama ini seakan terbayar apabila melihat puteri sulung kami, Nur Aina Insyirah binti Suhaimi, berdiri gagah di atas pentas menggenggam segulung diploma dengan senyuman yang paling tulus pernah kami lihat. Alhamdulillah....
Allahu, hati Umi dan abah sebak. Ada titisan air mata gugur di kelopak mata Umi, bukan kerana sedih tapi ianya air mata syukur dan gembira. 13 Mei 2025, hari ini bukan hanya hari kejayaan kakak. Tapi juga hari pengiktirafan buat semua pengorbanan dan perjuanganmu menuntut ilmu selama ini wahai anak.
Dari Mata Seorang Ibu… Dari Hati Seorang Ayah.
Umi abah masih ingat saat Umi lepaskan Kakak ke Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Pahang. Pelukan terakhir di perkarangan asrama kolej dan pandangan terakhir sebelum Kakak melangkah ke asrama. Umi tahan tangis tapi air mata tetap juga mengalir. Kakak cakap jangan nangis Umi, insyaallah Kakak kuat.
Abah diam seribu bahasa. Tapi bila Umi pandang pada abah ada air mata bergenang di kelopak mata abah. Dalam hati kami, hanya doa yang mampu Umi abah panjatkan;
“Ya Allah, peliharalah dan jagalah anak perempuan kami Nur Aina Insyirah binti Suhaimi sepanjang menimba ilmu di sini, jadikan dia kuat, tabah dan berjaya.”
Malam malam yang Umi lalui selepas Kakak pergi ... Umi banyak menangis. Setiap kali masuk bilik Kakak, Umi nangis .. tengok barang Kakak Umi nangis dan kerap kali juga Umi termenung dan tertidur di bilik Kakak sebab rindu... Rindunya Umi dan abah pada Kakak dan kerisauan kami yang tak terluah. Bimbang dan sebagainya bermain main di fikiran.

Kami tahu kakak di sana berjuang dalam diam. Penat dengan tugasan, rindu yang menyesak dada, tangisan yang ditahan sendirian tapi Kakak tetap melangkah. Kakak tak pernah mengeluh apalagi patah semangat. Kakak buktikan kekuatan itu bukan pada badan tapi pada jiwa. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.
Hari ini 13 Mei 2025, Kakak pulang dengan kejayaan. Tapi yang paling menyentuh hati Umi dan abah ialah keteguhan kakak dalam proses itu. Diploma yang kakak genggam bukan sekadar sijil akademik. Ia adalah simbol ketabahan, lambang perjuangan dan hadiah paling bermakna buat Umi dan abah. Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah.
Aina Insyirah cahaya ketenangan dalam hidup Umi dan abah, semoga ilmu yang diperoleh ini bukan sahaja membawa manfaat kepada dunia tapi menjadi bekal di akhirat nanti. InsyaAllah.
Segulung Diploma, Segunung Harapan

Rumah Ini Sentiasa Ada Untukmu Wahai Anak
“Ya Allah, kurniakanlah kejayaan yang berterusan buat anakanda kami. Jadikan dia insan yang berbakti, berakhlak dan membawa manfaat untuk agama, keluarga dan masyarakat…”
Dengan Seluruh Kasih Dan Doa
– Umi dan Abah 🌹
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.