Program Cuti Sekolah 2025 ESQ For Kids
Alhamdulillah KakYa muncul lagi. Nak citer pasal apa ya kita malam ni? .... Boleh ke kalau KakYa nak citer sikit mengenai ESQ Kids.
Ibu ayah tahu tak mengenai ESQ Kids? ESQ, atau Emotional and Spiritual Quotient, biasanya lebih sinonim untuk orang dewasa, kan? Sebenarnya ESQ untuk kanak kanak pun ada dan ianya sangat penting terutama untuk membentuk akhlak, emosi positif dan keyakinan diri anak anak sejak kecil.
Kenapa ESQ untuk anak-anak ni penting sangat? Sebabnya bila anak faham dan pandai urus emosi serta kenal nilai nilai murni mereka jadi lebih mudah belajar, lebih sabar dan lebih bertanggungjawab. Contohnya bila mereka hadapi tekanan belajar atau masalah dengan kawan, mereka boleh kawal perasaan dan cari jalan penyelesaian dengan baik.
Cuti sekolah dah nak mula kan? Anak anak pun mesti dah tak sabar nak rehat, nak main dan nak enjoy cuti sekolah nanti. Tapi… pernah tak Ibu Ayah terfikir nak isikan cuti mereka kalini dengan sesuatu yang bermakna dan bermanfaat bukan sekadar habiskan masa sepanjang hari tanpa apa apa aktiviti.
Kalau Ibu Ayah sedang mencari aktiviti yang boleh bina jiwa dan karakter anak anak, KakYa ada berita best untuk dikongsi bersama. Jom joinkan anak anak ke Program ESQ for kids bersama Fly High Education Centre.
Apa Sebenarnya Program ESQ For Kids Ini
Okay meh KakYa cerita sikit kat Ibu ayah.
Program ESQ for kids bukan sekadar program motivasi kosong tau. Tapi ianya satu sesi bertenaga, penuh elemen emosi, spiritual dan kepimpinan yang akan buka mata dan hati anak anak kita. Program istimewa ni direka khas untuk bantu anak anak kita jadi lebih;
• Yakin diri
• Kenapa pentingnya solat dan jaga adab
• Dekat dengan Allah
• Faham tanggungjawab sebagai anak dan pelajar
• Dekat dengan Allah
• Faham tanggungjawab sebagai anak dan pelajar
• Macam mana nak hargai mak ayah, adik beradik, cikgu dan kawan
• Dan yang paling penting tahu kenapa mereka perlu belajar dan jadi orang berguna
Anak anak takkan duduk diam dalam dewan semata. Tapi akan dilatih, dilibatkan dan diberi peluang explore potensi sebenar dalam diri. Sebab setiap anak ada kekuatan yang luar biasa cuma perlu dicungkil dengan cara yang betul.
KakYa percaya anak-anak kita semua adalah anak anak hebat. Cuma tunggu masa untuk disentuh dan dipandu dengan penuh kasih sayang dan inspirasi.
Dalam program ESQ Kids, anak-anak akan belajar macam mana nak:
• Kenal dan kawal emosi mereka
Menghargai nilai seperti jujur, sabar, dan syukur
• Faham tujuan belajar bukan sekadar untuk dapat markah tapi untuk jadi insan yang berguna dan mulia
• Bangunkan keyakinan diri dan semangat positif setiap hari
Kalau kita sebagai ibu ayah boleh mula tanam nilai ESQ ni dari awal, InsyaAllah anak-anak kita akan membesar bukan saja pandai tapi juga baik hati dan matang dari segi emosi.

ESQ FOR KIDS Cuti Sekolah Penuh Makna

Bila Jiwa Anak Dibimbing, Hidup Mereka Akan Lebih Terarah
Ibu ayah nak tahu lebih lanjut atau nak cuba program ESQ Kids untuk anak anak? KakYa sedia membantu.
Cuti sekolah kali ni, apakata kita buat sesuatu yang luar biasa untuk anak anak kita. Hadiahkan anak anak bukan hanya kenangan. Tapi kebangkitan jiwa yang akan jadi bekal untuk kehidupan mereka.
ESQ for Kids bukan sekadar program, ia satu perjalanan pulang kepada fitrah.
• Belajar mencintai Allah dan Rasulullah bukan hanya di mulut tapi dari hati.
• Memperkukuh rohani supaya jiwa anak tenang, yakin dan tidak mudah hilang arah.
• Menyubur rasa kasih dan hormat pada ibu bapa dan keluarga.
• Mengenali fitrah diri, siapa mereka di sisi Tuhan, bukan sekadar pelajar yang kejar A.
Anak anak akan dibimbing oleh Coach Khairy Haziq (Jurulatih ESQ Kids) dan penampilan istimewa Pak Fir.
Tarikh: Ahad dan Isnin, 1 dan 2 Jun 2025
Lokasi: HQ FlyHigh, Seksyen 13, Shah Alam
Masa: 9.00 pagi – 5.00 petang
Umur: 8 – 12 tahun
Yuran PROMO: Daripada RM550 kini hanya RM299 sahaja
Jom Tanam Benih Iman Dalam Hati Anak Anak
Ibu Ayah, ini bukan program biasa. Ini adalah peluang untuk kita tanam benih iman dalam hati anak sebelum dunia tanam racun yang kita tak mampu undurkan.
Tempat sangat terhad. Rebut sekarang. Kerana setiap hari yang kita tangguh, adalah satu hari anak makin jauh dari fitrahnya.
Daftar sekarang di sini:
https://flyhigh.onpay.my/order/form/esq/flyhigh05
Jika ada pertanyaan boleh terus wasap nombor tertera;
Jika ada pertanyaan boleh terus wasap nombor tertera;
wasap.my/60199202004
wasap.my/60192808418
wasap.my/60105433732
Semoga program ni jadi asbab ramai anak anak kembali pada fitrah. InsyaAllah dengan bimbingan yang betul, pendekatan yang menyentuh jiwa, anak anak kita akan membesar jadi generasi yang hebat, bukan saja pandai tapi juga berjiwa hamba.
Terima kasih ibu ayah kerana terus mencari yang terbaik untuk anak anak. Cuti sekolah kalini, jom kita pilih sesuatu yang bukan saja seronok tapi bermanfaat.
Terima kasih semua sudi singgah kat blog KakYa .. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.InsyaAllah ...
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.