Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari KakYa : Nur Amirah Binti Azmi

Buat Adik Yang Pernah Mewarnai Hari Hari KakYa : Nur Amirah Binti Azmi


Buat adik yang pernah mewarnai hari hari KakYa, Nur Amirah binti Azmi. 8 Mei 2025 bukan sekadar tarikh terakhir kamu di Fly High sayang. 8 Mei 2025 adalah hari satu bintang beralih langit dan langit KakYa jadi sedikit sunyi dan kelam tanpamu wahai adikku. 


Terasa seolah olah semalam baru kita mula berjuang bersama di Fly High, dan hari itu tiba masa untuk berpisah di persimpangan jalan. Seyes KakYa nangis masa taip ni. Ntah la Mira, ada rasa keakraban kat situ walau kita dipisahkan jarak... Ada rasa dekat di situ tau tak Mira ... 

Nur Amirah, adik yang KakYa sayang, 8 Mei 2025, walau KakYa reda tapi hati ini tetap terasa berat. Perpisahan ini bukan noktah. Ia cuma koma dalam cerita panjang kita yang pernah berjalan seiring. Dari tahun 2023 hingga ke hari ini, Mira bukan sekadar rakan sekerja bagi KakYa, Mira adalah adik, peneman gelak, bahu ketika duka dan cahaya waktu kerja terasa gelap.

KakYa saksi, Mira
 kerja bukan dengan tangan, tapi dengan hati. Mira bantu bukan sekadar tugasan, tapi kamu pikul amanah bersama. Alhamdulillah...

Terima Kasih Mira Sayang


Terima kasih adikku Nur Amirah atas segala tawa yang kamu tinggalkan, segala kebaikan yang kamu taburkan dan segala memori yang kini jadi kenangan buat KakYa ... KakYa ingin ucapkan setinggi tinggi penghargaan atas segala usaha, tawa, air mata dan semangatmu yang tak pernah luntur. Keikhlasanmu sentiasa menyerlah dalam tutur kata, dalam hasil kerja, dalam layanan kepada semua. Alhamdulillah...

Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada degupan jantung Fly High. Terima kasih kerana pernah menjadi kekuatan kecil yang impaknya besar dan terima kasih kerana hadir dalam fasa hidup KakYa yang indah ini.

8 Mei 2025 Kamu Melangkah Pergi


8 Mei 2025 kamu pergi bukan kerana gagal,
tapi kerana Allah sedang bukakan pintu rezeki lain untuk kamu capai lebih jauh wahai adikku.

Tapi ketahuilah, di hati KakYa kamu tak pernah pergi. Kalau satu hari nanti dunia terasa berat, ingatlah kamu pernah jadi sinar dalam dunia kecil KakYa dan KakYa akan sentiasa mendoakan kamu walau di mana saja kamu berpijak.

Nur Amirah, adik yang KakYa sayang, 8 Mei 2025, walau KakYa reda tapi hati ini tetap terasa berat. Perpisahan ini bukan noktah. Ia cuma koma dalam cerita panjang kita yang pernah berjalan seiring. Dari tahun 2023 hingga ke hari ini, Mira bukan sekadar rakan sekerja Mira adalah adik, peneman gelak, bahu ketika duka dan cahaya waktu kerja terasa gelap. KakYa sentiasa doakan agar langkahmu akan dipayungi rahmat Allah SWT.

KakYa doakan semoga langkahmu selepas ini penuh keberkatan. Moga rezekimu melimpah ruah, moga hatimu terus tenang dan tabah menghadapi cabaran baru ditempat kerja baru. Terus jadi diri sendiri, yang penuh kasih dan yang punya semangat luar biasa. Nur Amirah BOLEH!

Terbang Tinggi Mira 


Terbanglah tinggi wahai Nur Amirah kerana kamu dicipta bukan untuk jadi biasa biasa. Kamu ditakdirkan untuk jadi insan yang luar biasa. Percayalah ...

Mira sayang, kalau pernah ada khilaf atau kekasaran sepanjang kita berurusan, KakYa mohon maaf zahir dan batin. Langkahmu selepas ini, KakYa doakan sentiasa dipermudah, tenang dan diberkati. Nama Nur Amirah Azmi akan selalu ada dalam doa KakYa. InsyaAllah..Aamin aamin Ya Mujib. 

Dengan Pelukan Sayang Dari Jauh Dan Doa Yang Tak Pernah Putus,
KakYa 🌹
10 Mei 2025

Catat Ulasan

0 Ulasan