5 Tanda Kita Terlalu Baik
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar pembaca blog KakYa hari ini? Harap semua sihat dan ceria selalu walaupun dunia kadang buat kita rasa berat. Ok topik petang santai santai jer. KakYa nak kupas sikit 5 Tanda Yang Menunjukkan Kita Terlalu Baik. Jom baca sekali kot kot la tanda tu ada kat korang.
KakYa tahu, ramai di antara kita ni jenis terlalu baik. Suka duk jaga hati orang lain sampai lupa jaga hati sendiri. Ya betul, kadang kita asyik jaga hati orang dan hati sendiri terabai. KakYa pun pernah rasa macam tu.
Pernah tak korang rasa penat sangat sampai nak menangis, tapi masih paksa senyum? Atau selalu minta maaf walaupun sebenarnya bukan kita salah?
5 Tanda Yang Menunjukkan Kita Terlalu Baik
Jom KakYa nak kongsikan sesuatu yang mungkin buat korang terfikir, kadang terlalu baik itu bukan satu kebaikan, tapi ity adalah cara kita sendiri menyakiti hati dan jiwa sendiri.
Kita selalu minta maaf padahal bukan salah kita
- Kita yang dipersalahkan, kita juga yang tunduk. Demi nak elak konflik, kita rendahkan diri walau hati kita dah berkecai. Bukan sebab kita salah, tapi sebab kita terlalu takut orang benci. Hakikatnya, kita ajar orang pijak kepala kita perlahan-lahan.
Kita buat benda yang kita tak suka sebab nak jaga hati orang
- Kita sanggup telan semua yang pahit, semata-mata nak orang lain rasa manis. Kita tolak tepi perasaan sendiri. Kita paksa senyum, paksa setuju… padahal jiwa kita tengah menangis. Sedihnya, kita anggap pengorbanan tu satu kebaikan, padahal ia luka yang kita cipta sendiri.
Kita dah biasa letak diri sendiri nombor paling akhir
- Semua orang kita dah tolong. Semua beban kita dah pikul. Tapi bila kita yang perlukan sokongan, tak ada siapa pun muncul. Kita dibiarkan tanggung sendiri. Hati kita jerit minta difahami, tapi semua pekakkan telinga. Kenapa? Sebab kita dah biasa kuat. Dah biasa tak berkira. Sampai orang lupa kita pun ada had.
Kita pendam semua rasa sebab takut orang terasa
- Kita telan kelukaan sebab kita takut ditolak. Kita diam bila tak setuju, sebab takut orang kecik hati. Tapi dalam diam, kita makin tawar. Hati kita makin mati. Dan paling menyedihkan… kita pun dah tak kenal suara hati sendiri. Kita hidup ikut skrip orang, bukan jadi diri sendiri.
Kita tak tahu macam mana nak tolak walaupun dah letih sangat
- Kita senyum dan kata “boleh je”, padahal dalam hati Tuhan je tahu betapa penatnya kita. Kita takut kalau kita cakap “tak nak”, kita akan kecewakan orang. Tapi tak ada siapa sedar, setiap kali kita paksa diri… kita kecewakan diri sendiri.
Jangan bangga sangat jadi orang yang ‘terlalu baik’. Kalau kebaikan tu buat kita hilang diri. Itu bukan mulia, itu penderaan emosi yang kita buat pada diri sendiri.
Sampai bila nak jadi kuat sorang sorang? Sampai bila nak senyum sambil hati koyak?
Jangan tunggu sampai diri kita pun dah tak kenal siapa kita.
Cukup cukup lah .. Letak noktah kat situ. Sekarang giliran kita pula untuk jaga diri sendiri, jadi diri sendiri. Kita layak bahagia dengan cara kita.
Kadangkala kita terlalu sibuk nak jadi orang baik sampai lupa untuk jaga hati sendiri. Terlalu baik bukan bermakna mulia, tapi kadang ia jadi cara kita menyakiti diri sendiri tanpa sedar. Bila kita terlalu mahu menyenangkan semua orang, hati dan jiwa kita yang jadi korban.
Kenapa kita selalu minta maaf walaupun bukan salah kita?

Sekarang Giliran Kita Untuk Jadi Diri Sendiri
Kadangkala kita terlalu sibuk nak jadi orang baik sampai lupa untuk jaga hati sendiri. Terlalu baik bukan bermakna mulia, tapi kadang ia jadi cara kita menyakiti diri sendiri tanpa sedar. Bila kita terlalu mahu menyenangkan semua orang, hati dan jiwa kita yang jadi korban.
Kenapa kita selalu minta maaf walaupun bukan salah kita?
Sebab kita takut orang benci, takut luka hati orang lain. Jadi kita pilih untuk tunduk dan diam walaupun hati dah berkecai. Tapi sebenarnya, kita ajar orang pijak kepala kita perlahan-lahan. Bila kita selalu minta maaf tanpa sebab, kita hilang harga diri dan orang mula anggap itu satu kebiasaan.
Kenapa kita buat benda yang kita sendiri tak suka?
Kenapa kita buat benda yang kita sendiri tak suka?
Kita sanggup telan kepahitan demi buat orang lain bahagia. Kita tolak perasaan sendiri, paksa diri senyum dan setuju. Tapi kita lupa, setiap pengorbanan yang tidak tulus itu jadi luka dalam jiwa kita sendiri. Lama-kelamaan, kita rasa kosong dan lelah.
Kenapa letak diri sendiri nombor paling akhir?
Kenapa letak diri sendiri nombor paling akhir?
Kita dah biasa tolong semua orang, pikul semua beban. Tapi bila kita perlukan bantuan, tiada siapa muncul. Kita dibiarkan berjuang sendiri. Itu sebabnya penting untuk kita belajar jaga diri sendiri dan jangan abaikan suara hati yang dah penat menjerit. Jangan letak diri sendiri nombor paling akhir.
Pentingnya luahkan perasaan, jangan simpan dalam diam
Pentingnya luahkan perasaan, jangan simpan dalam diam
Kalau kita takut orang terasa, kita simpan rasa dan pendapat sendiri. Tapi itu bukan jalan penyelesaian. Bila kita pendam, kita jadi tawar dan jauh daripada diri sendiri. Belajarlah untuk berani bercakap, walaupun tak semua orang suka.
Belajar cakap tidak bila perlu
Terima kasih kerana sudi baca coretan KakYa hari ini. Kalau korang rasa apa KakYa kongsi ni kena sangat dengan hati korang jangan segan kongsikan di komen atau share dengan kawan kawan yang mungkin perlukan nasihat juga. KakYa doakan kita semua belajar sayang diri kita, sama macam kita sayang orang lain. Boleh buat tak? .... Kalau boleh jommm amalkan dari sekarang.
Jumpa lagi di entri KakYa yang seterusnya. Jaga diri, okay ...
Belajar cakap tidak bila perlu
Tak salah untuk kata tidak. Jangan takut kecewakan orang sampai diri sendiri terluka. Bila kita selalu angguk tanpa rela, kita yang jadi mangsa. Jaga diri bukan bermakna kita ego, tapi kita hargai nilai kita sebagai manusia.
Sampai bila kita nak jadi kuat sorang sorang? Sampai bila kita nak senyum sambil hati koyak? Jangan tunggu sampai diri kita sendiri pun dah tak kenal siapa kita sebenarnya...
Ok dah habis dah duk membebel .. korang rasa KakYa kuat bebel ke sekarang ni... Hahaha bukan nak bebel pon sebenarnya tapi KakYa tulis ni untuk diri sendiri juga dan untuk ingatan kita bersama.
Sampai bila kita nak jadi kuat sorang sorang? Sampai bila kita nak senyum sambil hati koyak? Jangan tunggu sampai diri kita sendiri pun dah tak kenal siapa kita sebenarnya...
Ok dah habis dah duk membebel .. korang rasa KakYa kuat bebel ke sekarang ni... Hahaha bukan nak bebel pon sebenarnya tapi KakYa tulis ni untuk diri sendiri juga dan untuk ingatan kita bersama.
Terima kasih kerana sudi baca coretan KakYa hari ini. Kalau korang rasa apa KakYa kongsi ni kena sangat dengan hati korang jangan segan kongsikan di komen atau share dengan kawan kawan yang mungkin perlukan nasihat juga. KakYa doakan kita semua belajar sayang diri kita, sama macam kita sayang orang lain. Boleh buat tak? .... Kalau boleh jommm amalkan dari sekarang.
Jumpa lagi di entri KakYa yang seterusnya. Jaga diri, okay ...
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.