Keputusan SPM 2024 Diumumkan 24 April 2025

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Diumumkan 24 April 2025 


Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 Diumumkan 24 April 2025

Sehari dua ni ramai yang tertanya-tanya "bila keputusan SPM 2024 akan diumumkan?" dan yang tertanya tanya tu termasuklah KakYa. Kini!  akhirnya, terjawab sudah! "Dah sampai masa untuk tahu hasil penat lelah berjaga malam, ulangkaji sampai lebam, doa tak tinggal…" Keputusan SPM 2024 dah nak keluar!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025 (Khamis). Jadi, calon-calon bolehlah mula bersedia secara mental dan emosi dari sekarang ya!

Bukan calon calon jer yang berdebar mak ayah pon dah mula dup dap dup dap dah sekarang ni. Untuk anak KakYa, Iman yang juga salah sorang calon menunggu penuh debaran .. Apa pun yang tertulis nanti. You did your best, and that’s already a win! Jangan banding dengan orang lain kerana perjalanan hidup semua tak sama.

You did your best, now it’s time to face it with tenang & redha. The future is still yours to conquer. Good Luck Adik. Umi doakan yang terbaik untuk Adik.


Macam Mana Nak Semak Keputusan SPM 2024?


Untuk calon sekolah, keputusan boleh diambil terus dari sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada hari tersebut. Manakah calon persendirian pula akan menerima keputusan melalui pos, atau boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat anda daftar sebelum ini.

Nak semak online pun boleh!
Kalau nak cepat dan mudah, ada dua cara semakan secara dalam talian:

  1. Laman web rasmi: myresultspm.moe.gov.my

  2. SMS: Taip SPM<jarak>NoKPA<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888
Kedua-dua sistem ini akan mula aktif jam 10 pagi pada 24 April 2025 dan akan ditutup pada 6 petang, 30 April 2025.

Tahun ini, seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara. Semoga semuanya dipermudahkan.

Apa pun keputusan nanti... Ingat, result bukan penentu hidup. Ia cuma satu permulaan. Kalau cemerlang, teruskan momentum. Kalau tak seperti yang diharapkan, jangan down ..  rezeki kita semua berbeza.

Good luck ! Semoga keputusan yang keluar nanti buat hati tenang & senyum lebar. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib ..

Nak join kelas SPM bersama Fly High Education Centre jangan lupa follow;

Facebook: Fly High Education Centre 

Instagram: Flyhigh Education Centre 

TikTok: flyhigheducentre 


Catat Ulasan

0 Ulasan