Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu 


Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah impian ramai ibu ayah dan pelajar. Namun, persaingan yang sengit memerlukan persediaan awal dan strategi yang berkesan. Berikut adalah asas penting yang ibu ayah perlu tahu:

Memahami Syarat Kemasukan

Sebelum membuat permohonan, ibu ayah perlu mengetahui syarat utama untuk masuk ke SBP dan MRSM:

- Keputusan akademik yang cemerlang 
- Keputusan yang baik dalam Ujian Kemasukan
• Ujian Kemasukan SBP (PKSK) dan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
- Pencapaian dalam kokurikulum 
• Keaktifan dalam sukan, kelab atau pertandingan peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.
- Keperibadian dan sahsiah yang baik 
• Ujian psikometrik turut diambil kira bagi menilai sikap dan personaliti pelajar.

Persiapan Akademik Seawal Mungkin

Untuk memastikan anak layak memohon,ibu bapa boleh membantu dengan:

• Latihan berterusan dalam subjek utama. Pastikan anak menguasai Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
• Bimbingan dan tuisyen tambahan. Jika perlu, daftarkan anak dalam kelas tambahan untuk memperkukuh kefahaman.
• Latihan soalan PKSK Dan UKKM. Biasakan anak dengan format soalan ujian kemasukan agar mereka lebih bersedia.

Membentuk Minat Dalam Kokurikulum

Kokurikulum memainkan peranan penting dalam pemilihan pelajar. Galakkan anak untuk:

• Menyertai pertandingan akademik seperti Olimpiad Matematik, Pertandingan Sains dan Kuiz Bahasa.
• Terlibat aktif dalam sukan, kelab dan persatuan di sekolah.
• Mengasah kemahiran kepimpinan dengan menjadi pengawas, ketua kelas atau ahli jawatankuasa.

Membantu Anak Mengurus Masa

Menyertai kokurikulum sambil mengekalkan kecemerlangan akademik memerlukan pengurusan masa yang baik. Ibu bapa boleh:

• Membantu anak membuat jadual belajar & aktiviti.
• Mengawal penggunaan gajet dan media sosial agar tidak mengganggu pembelajaran.
• Menggalakkan gaya hidup sihat dengan tidur mencukupi dan pemakanan seimbang.

Mempersiapkan Anak Secara Mental Dan
Emosi

Selain akademik, aspek psikologi juga penting:

- Tingkatkan keyakinan diri anak melalui latihan menjawab soalan secara lisan dan ujian simulasi.
- Ajar anak mengurus tekanan supaya mereka lebih tenang menghadapi peperiksaan.
- Beri sokongan dan motivasi agar mereka tidak mudah berputus asa jika gagal dalam percubaan pertama.

Akhir kata membantu anak membolosi SBP dan MRSM memerlukan usaha berterusan dari segi akademik, kokurikulum serta persiapan mental. Ibu ayah berperanan sebagai pendorong utama dalam memastikan anak bersedia menghadapi cabaran ini. Dengan strategi yang betul, peluang untuk berjaya pasti lebih cerah!

Jika Ibu ayah memerlukan latihan tambahan atau kelas persediaan PKSK Dan UKKM jangan lupa untuk join kelas persediaan PKSK UKKM  untuk bimbingan lebih terperinci bagi anak anda!

Kelas Persediaan PKSK UKKM 2025 Tiket Ke SBP Dan MRSM


Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Anak anda bercita-cita masuk SBP, MRSM atau sekolah elit? Ujian PKSK dan UKKM adalah penentu utama! Pastikan mereka bersedia dengan bimbingan terbaik daripada guru-guru berpengalaman.

Kenapa Pilih Bersama Fly High Education Centre?

- Modul lengkap dan latihan intensif mengikut format terkini.
- Tenaga pengajar berpengalaman dalam setiap subjek.
- Kelas online melalui Zoom, belajar dari mana-mana sahaja!
- Pilihan jadual fleksibel dan sesuai dengan rutin anak anda.

 Subjek dan guru pakar
- Pengetahuan Am & Keperibadian : Cikgu Danial
- Matematik : GB Shahril
- Bahasa Melayu : Cikgu Bob
- Bahasa Inggeris : Ticer Lin dan Ticer Hazwan
- Sains : Cikgu Shukry

Pilih masa yang sesuai : 
- Kumpulan A : Jumaat, Sabtu & Isnin
- Kumpulan B : Sabtu, Ahad & Isnin

Yuran yang berbaloi
- RM25/sesi
- RM400/24 sesi (6 subjek)

Apa Kata Ibu Ayah Pelajar Mengenai Kelas Ini


Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

"Kaedah scoring shortcut oleh Fly High dalam UKKM dan PKSK sangat membantu. Saya nampak perkembangan anak saya dalam semua subjek sekaligus menaikkan uasa dia walaupun kelasnya tentang UKKM/PKSK. 

Alhamdulillah. Dia dapat tawaran pilihan pertama utk MRSM UA Bagan Datuk, SBPI Rawang TMUA dan SMAN SM Tahfiz Darul Ridzuan TMUA. Anak memilih ke SBPI Rawang. 

 – En Mohd Aidil Azhar 
(bapa Afiqah Amani ATN B)


Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

"Kelas yang interaktif dan penuh semangat dari guru guru Fly High menjadikan subjek susah pun rasa mudah difahami".

– Ibu kepada Wan Aina Syuhada 


Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

"Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT atas rezeki ini. Jutaan terima kasih kepada Fly High atas ilmu serta tips yang amat bermanfaat". 

- Ibu kepada Izz Aryan Shah 

TEMPAT TERHAD! Jangan Tunggu Saat Akhir


Tempat sangat sangat terhad ya Ibu Ayah, persiapkan anak anda untuk cemerlang dan jangan lupa daftar segera: 

DAFTAR SEKARANG! Klik link di bawah:


Jom pastikan anak anda BERJAYA ke SBP da MRSM! Bertindak segera. Jumpa anda di mercu kejayaan. Insyaallah..

Catat Ulasan

0 Ulasan