Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2024 Adam Iman

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2024 Muhammad Adam Iman Suhaimi

Alhamdulilah, hari ini 2 Jan 2024 bermulalah perjuangan anak kedua KakYa, Muhammad Adam Iman bin Suhaimi untuk peperiksaan SPM 2024. Peperiksaan akan bermula pada hari ini dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8.15 pagi - 10.15 pagi dan diikuti Bahasa Melayu Kertas 2 pada jam 2.30 - 5.00 petang. Insyaallah.

Bittaufiq Wannajah Anakanda Muhammad Adam Iman

Dengan penuh kasih sayang dan harapan, Umi dan Abah ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada anakanda tercinta, Muhammad Adam Iman bin Suhaimi serta sahabat seperjuangan di SMA AL FALAH dan juga di asrama AYTK. Semoga diberikan kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan dipermudahkan untuk menjawap soalan Peperiksaan SPM 2024 bermula hari ini 2 Jan 2025 - 4 Feb 2025. 

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2024

Nasihat Umi dan Abah:

Jaga Solat dan Doa – Sentiasa bergantung harap kepada Allah. Solat dan doa adalah senjata utama untuk menghadapi cabaran Insyaallah Iman boleh buat yang terbaik 
Usaha dan Tawakal – Belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi ingatlah bahawa kejayaan sebenar datang dengan izin Allah. InsyaAllah.
Tenangkan Diri – Mulakan setiap hari peperiksaan dengan zikir dan tawakal. Yakinlah bahawa setiap usaha yang baik akan diberi ganjaran. InsyaAllah.
Rehat yang Cukup – Jangan lupa jaga kesihatan. Tidur secukupnya dan makan makanan berkhasiat wahai anak.

Umi dan Abah sentiasa menyokong Iman dengan doa, kasih sayang, dan harapan. Tiada yang lebih berharga bagi kami selain melihat Iman berjaya dunia akhirat dengan cara yang diredhai Allah.

Ya Allah.

Kurniakanlah kepada anak - anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari, anugerahkanlah kebijaksanaan dalam menjawab soalan dengan betul dan  kecerdasan dalam menjawab peperiksaan mengikut masa yang ditetapkan.

Ya Allah. 

Lapangkan dada anak - anak kami agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini, cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan. 

Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu. 


‎“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”

"Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair"

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.”

Selamat berjuang untuk anak anak SMA AL FALAH, AYTK dan semua calon SPM 2024. 

When you have confidence in yourself, nothing can stop you or obstruct your way. Good luck and all the best for SPM 2024 Exam.

Bittaufiq Wannajah anakanda Muhammad Adam Iman. Allahu Yuftah 'Alaikum Fil Imtihan.

Doa Umi dan juga Abah akan selalu mengiringi perjalanan hidupmu wahai anak.

Sayang Selalu,
Umi & Abah

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Aamin 🤲🏻
    Bittaufiq wan najah buat anakanda.

    BalasPadam
  2. Semoga di lapangkan fikiran dan di beri ketenangan untuk menjawab.

    BalasPadam

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.