SMA Al Falah Kemaman Paling Teruk Terjejas Akibat Ribut Melanda Bandar Chukai

SMA Al Falah Kemaman Paling Teruk Terjejas Akibat Ribut Melanda Bandar Chukai 


Sepertimana yang tersiar dalam Buletin Utama TV3 malam semalam, ribut dan hujan lebat telah melanda Kemaman. Angin kencang yang berlaku selama 15 minit itu turut disusuli dengan fenomena hujan batu. Kejadian berlaku kira kira jam 4 petang membababitkan kawasan seluas 3 km bermula dari Bandar Chukai, Kemaman. 

Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman Terengganu antara sekolah yang paling teruk terjejas selepas angin ribut yang melanda bandar Chukai Kemaman petang semalam. 

80 Peratus Bumbung Sekolah Diterbangkan Angin


SMA Al Falah, Kemaman paling terjejas dan terpaksa di tutup kerana hampir 80 peratus bumbung sekolah itu diterbangkan angin.










Sehubungan itu sumbangan buat Tabung Bencana Ribut SMA Al-Falah amatlah dialu-alukan untuk menampung kos penyelenggaran bangunan bangunan yang telah rosak teruk.


Dilampirkan QR code untuk sumbangan Tabung Bencana Ribut SMA Al Falah, Kemaman. Bersama kita hulurkan tangan ringankan beban. Terima kasih semua.


#AlFalahBerduka

Catat Ulasan

0 Ulasan