Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Khusus Tingkatan 1 Sesi 2025/2026
Permohonan ke SBP dan sekolah khusus bagi sesi 2025/2026 akan dibuka pada 1 Ogos 2024 sehingga 8 September 2024. Sepertimana yang telah diwarwarkan sebelum ini, setiap tahun anak anak pelajar Tahun 6 akan menduduki satu ujian penilaian kemasukan ke SBP iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Sebelum menduduki ujian ini, anak anak Tahun 6 perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu bagi mendapat tempat menduduki ujian.
Paling penting yang Ibu Ayah perlu tahu, untuk melayakkan anak anak mendapat tempat di SBP dan sekolah khusus, anak anak WAJIB LULUS ujian PKSK.
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) mempunyai format yang tersendiri terdiri daripada:
- Bahagian A: Kecerdasan Insaniah
Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B: Kecerdasan Intelek
Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C: Artikulasi Penulisan
Artikulasi Penulisan – 10%
Semua murid yang berdaftar di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
PKSK akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan di seluruh negara pada tarikh yang telah ditetapkan mengikut tahun semasa.
Fly High Education Centre menyediakan program persediaan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) untuk anak anak pelajar lebih bersedia ketika menjawap ujian PKSK.
Melalui kelas online PKSK anjuran Fly High Education Centre, anak anak pelajar pelajar akan di ajar teknik menjawap soalan PKSK berdasarkan format sebenar PKSK.
Untuk mendaftar kelas online PKSK dan program semuka anjuran Fly High Education Centre, sila klik link pendaftaran di bawah;
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.