Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun MPP2 2024 Adam Iman

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun MPP2 2024 Adam Iman 


Alhamdulilah hari ini bermulalah perjuangan anak kedua KakYa, Muhammad Adam Iman bin Suhaimi untuk peperiksaan pertengahan tahun MPP2 2024. Peperiksaan akan bermula pada hari ini 30 Jun 2024 dan akan berakhir pada 17 Julai 2024. Iman akan start dengan kertas Bahasa Melayu 1 pada jam 8.40 pagi. 

Semalam dah panjang lebar duk bercakap dengan dia. Doakan untuk dia dan jugak kawan kawan di SMA AL FALAH juga di asrama AYTK. 


Semoga Muhammad Adam Iman bin Suhaimi serta sahabat seperjuangan di SMA AL FALAH dan juga di asrama AYTK diberikan kelapangan hati, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik dan dipermudahkan untuk menjawap soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun MPP2 2024 bermula hari ini 30 Jun 2024 - 17 Julai 2024

‎“ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير”
"Rabbi yassir wala tu’assir rabbi tammim bil khair"

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.”

All The Best wahai anak ....   Doa Umi dan juga Abah akan selalu mengiringimu wahai anak.

Sayang Selalu ❤️
Umi & Abah

Catat Ulasan

1 Ulasan

Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.