Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah

Aktiviti Menarik Sepanjang Cuti Sekolah 


Assalamualaikum semua anak anak pelajar. KakYa doakan semua anak anak pelajar dalam keadaan sihat walafiat. Yahoo cuti sekolah datang lagi. Anak anak mesti happy sebab cuti sekolah dah mula. Sedar tak sedar dah nak masuk seminggu cuti sekolah ya anak anak. Sepanjang seminggu cuti sekolah kakini, anak anak pelajar buat apa kat rumah? ....  Takkan la duduk relaks goyang kaki jer kat rumah takde buat apa apa. Meh la citer kat KakYa, apa aktiviti anak anak kat rumah .. 



Alhamdulillah petang ni KakYa diberikan kesempatan untuk menulis kat sini lagi. Di kesempatan yang ada petang ni, KakYa nak kongsikan beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh anak pelajar sepanjang cuti sekolah pada kali ini. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sempena cuti sekolah;

Menyertai Kem Ibadah Dan Kem Motivasi 

Anak anak kita ibarat kain putih yang memerlukan tunjuk ajar daripada Ibu Bapa dalam ilmu akademik dan juga ilmu akhirat. Pendek kata sebagai Ibu Ayah, kita perlu memberi penekanan bukan saja dari segi akademik malahan ilmu akhirat perlu di titik beratkan agar anak anak kita dapat memilih jalan terbaik sebagai panduan hidup mereka. 

Menyertai kem ibadah dan juga kem motivasi dapat membentuk jati diri dan sahsiah diri serta akhlak yang baik di kalangan anak anak pelajar. Sebagai seorang pelajar, anak anak pelajar boleh menyertai kem ibadah dan juga kem motivasi sepanjang cuti sekolah berlangsung. Semoga dengan menyertai kem ibadah, anak anak pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan ilmu berkaitan solat, doa harian, bacaan dalam solat, zikir dan juga hafazan Al Quran. Dengan menyertai kem kem seperti ini, anak anak pelajar akan terdedah dengan modal insan yang dididik mengikut ajaran Islam. InsyaAllah. 

Bersukan 

Bersukan semestinya aktiviti yang digemari oleh anak anak. KakYa percaya anak anak pelajar kat luar sana mesti suka aktiviti bersukan kan? Bersukan dapat meningkatkan kecerdasan tubuh badan anak anak dan dalam masa yang sama anak anak pelajar dapat mempelajari nilai nilai tersembunyi dalam setiap permainan sukan yang dijalani. 

Antara sukan yang dapat melatih fizikal dan juga emosi seorang pelajar ialah sukan memanah. Sukan memanah memerlukan kita lebih fokus dalam menetapkan satu satu sasaran. Sukan ini juga melatih kita bersabar dan terus berusaha lebih lagi Jika sasaran tidak mengenai. 

Bercuti Dan Melawat Saudara Mara Di Kampung 

Percutian di kampung halaman adalah aktiviti yang paling anak anak KakYa suka bila tiba cuti sekolah. KakYa percaya anak anak pelajar kat sini pon suka aktiviti balik kampung bila tiba musim cuti sekolah kan? Kat kampung banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama datuk nenek, saudara mara dan juga sepupu. Melawat saudara mara di kampung sedikit sebanyak akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim agar terjalin erat. 



Aktiviti cuti sekolah tak sah kalau takde majlis kahwin kat kampung kan? Majlis kahwin kat kampung tak sama dengan majlis kahwin kat bandar. Anak anak KakYa teruja kalau dapat ikut datuk dan menek diaorang ke majlis majlis kahwin yang diadakan sepanjang cuti sekolah. Ya la masa nilah diaorang dapat tengok budaya tolong menolong, bantu membantu sesama warga kampung dalam menyiapkan majlis perkahwinan. Banyak ilmu yang boleh dipelajari sepanjang diaorang berada di kampung. 

Hobi

Anak anak boleh memanfaatkan masa terluang dengan melakukan apa sahaja yang anak anak pelajar minat dan suka. Carilah satu hobi yang berfaedah seperti melukis, membaca, membuat kraftangan dan sebagainya agar dapat mengisi masa lapang dengan sesuatu yang berguna. Sesungguhnya minda kita akan berkembang dengan lebih sihat jika kita melakukan aktiviti bermanfaat yang memberi faedah untuk diri kita. 


Melancong

Jika Ibu Ayah mempunyai masa terluang sepanjang anak anak bercuti, ajaklah anak anak pergi melancong. Tak kisahlah ke luar negeri atau dalam negeri yang penting anak anak dapat membuka minda dalam melihat dunia luar yang berbeza seperti membawa anak anak melawat Zoo Negara, taman tema, tempat tempat bersejarah dan pelbagai tempat menarik yang belum pernah dilawati sebelum ini. Anak anak pasti seronok dapat mempelajari benda baharu dalam hidup mereka apabila didedahkan dengan aktiviti menarik seperti ini.


Ulangkaji Pelajaran 

Cuti Sekolah tak bermakna buku buku pon ikut bercuti. Waktu cuti sekolah boleh di manfaatkan dengan mengulangkaji pelajaran. Anak anak pasti ada yang mengadu bosan kan bila di minta untuk buka buku waktu cuti sekolah. Jangan macam tu, ya anak anak. Cuti dah semestinya cuti, tapi pelajaran jangan kita lupa. Setkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terutama anak anak pelajar yang akan menghadapi peperiksaan besar seperti SPM dan STPM.

Ulangkaji ringkas ringkas pon takpe janji ada masa untuk ulangkaji. Anak anak pelajar boleh buat jadual agar dapat belajar dengan lebih baik dan berdisiplin mengulangkaji sepanjang cuti sekolah.

Kelas Cuti Sekolah Secara Online

Cuti sekolah kalini apa kata anak anak join kelas cuti sekolah secara online. Biasa kalau 
cuti sekolah, bukan sekolah jer cuti tapi pusat tuisyen pon cuti. 

Tapi kat Malaysia ni, pusat tuisyen online Fly High Education Centre tak cuti tau. Sentiasa ada kelas kelas cuti sekolah yang boleh anak anak pelajar sertai sepanjang cuti sekolah. Berminat nak join kelas kelas cuti sekolah anjuran Fly High Education Centre, anak pelajar boleh terus ke laman web Fly High www.flyhigh.my atau boleh layari facebook Fly Fly High Education Centre untuk maklumat lanjut. 


Belajar Menggunakan Teknologi

Sepertimana yang kita tahu, kepesatan penggunaan teknologi pada masa sekarang menuntut anak anak menggunakan kemahiran komputer. Anak Anak pelajar boleh memanfaatkan masa sepanjang cuti sekolah dengan menyertai kelas grafik, kelas edit video dan juga kelas kelas lain berkaitan teknologi untuk memberi nilai tambah yang membawa lebih kebaikan untuk anak anak. 

Ini kerana teknologi pada hari ini telah berjaya melahirkan anak anak kreatif dan inovatif menggunakan daya imaginasi yang tinggi. 

Menolong Ibu Ayah Di Rumah

Cuti sekolah boleh di manfaatkan dengan membantu Ibu Ayah di rumah. Cuba untuk ringankan beban kerja Ibu Ayah sewaktu mereka pergi bekerja  dengan membantu mereka dalam meringankan kerja kerja dirumah seperti membersih kawasan rumah, membasuh pakaian, melipat pakaian dan kerja kerja rumah yang lain. 

Cara ini dapat meringankan kerja kerja Ibu Ayah sepanjang anak anak pelajar bercuti dan Ibu Ayah pasti senyum senang hati. 

Selamat Bercuti Buat Semua Anak Anak Pelajar 


Selamat bercuti buat semua anak anak pelajar. Jaga diri sepanjang cuti sekolah ya anak anak. Jauhkan diri anak anak daripada perkara perkara yang boleh membahayakan diri. 

KakYa harap perkongsian KakYa pada petang ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat untuk anak anak pelajar di luar sana yang sedang mencari aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah kali ini. Semoga bermanfaat. InsyaAllah... Jumpa lagi ..

Catat Ulasan

0 Ulasan