Seketul KakYa Bukan Seketul Jagung
Tak tahu nak mula tang mana bila nak bercakap mengenai tagline baru KakYa "Seketul KakYa BUKAN Seketul Jagung". Bukan baru benornya, kira lama la jugak. KakYa mula guna tagline ni masa up status whatsapp pada bulan Ogos 2023. Kiranya kalau nak up status akan selalu letak kat bawah "Seketul KakYa BUKAN Seketul Jagung 🌹".
Kita Bukan Jagung La Awak
Ramai jugak gang gang yang tanya. Bukan setakat gang la, adik beradik yang mula mula tengok status wasap ngan tagline Seketul KakYa BUKAN Seketul Jagung tu duk bertanya. Dah kenapa pulak jagung. Nak terang tak reti sebab dioarang tanya bab jagung. Adik KakYa yang no 7 siap duk perli lagi, dah kenapa mung nak jadik jagung pulok nya .... molek molek jadik orang nak jadi jagung ... Aduhaiiii ..
Tak Nak Jadi Jagung
Dia tak baca bebetul bakali. Orang tulis bukan seketul jagung, di tanya pulak kat kita kenapa nak jadi jagung. Nak kabo sebenarnya SEKETUL KAKYA BUKAN SEKETUL JAGUNG. Jadi abaikan jagung ambik seketul KakYa tu jer hahaha 🤣🤣🤣🤣. Adik KakYa cakap susah main ngan orang bijok menulis ni, dok dang kita nak pahammmm.. Ok la takyah paham la. Duk dediam sudoh. Hahahaha ..
Tapi nak citer jugak kat sini. Sebenarnya tagline KakYa buat ni nak melambangkan yang diri KakYa ni bukan seperti jagung, yang boleh di siat kulit sesuka hati. Gitulah lebih kurang perumpamaannya ... Kita bukan jagung wak, sesuka hati jer nak sakitkan hati kita. Hahaha gitulah kekonnnn citer dia. Nak citer lelebih tak berapa nak ada idea dah sekarang ni. Makanya KakYa stop sini dulu la. Kalau ada lagi nak tambah esok ke lusa tulat ke KakYa tambah la lagi ... Selamat malam semua...
0 Ulasan
Assalamualaikum. Salam Ukhuwah Fillah. Terima Kasih Sudi Singgah Dan Tinggalkan Komen.