Kisah Sebelum Hantar Iman Ke Asrama

Kisah Sebelum Hantar Iman Ke Asrama

 
Alhamdulillah cuti sekolah dahpon tamat semalam. Harini anak anak KakYa dah mula ke sekolah. Tak nak citer kisah ke sekolah arini tapi nak citer kisah semalam. 

Kisah semalam, masa nak hantar Iman ke asrama, time gaduh gaduh duk angkat barang pegi mari pegi mari masukkan barang ke bonet kereta. Al maklumlah cuti sekolah dua minggu, asrama nak bersihkan mana yang patut sebelum pelajar masuk balik. Makanya banyak la barang yang dibawak balik termasuk semua buku teks dan buku kerja sebab nak buat ulangkaji sepanjang cuti sekolah. Jadinya banyak ler barang nak kena angkat. 

Kita sibuk ke sana sini, masa nilah dia sibuk cakap ... " Umi lupa nak cakap, butang seluar tercabut. Nak kena jahit sebab nak bawak pegi asrama". Mak kau hijauuuu .....

Seluar Slack Butang Tercabut

Masa seput seput nak hantar ke asrama masa tu jugak la dia duk kabo seluar slack butang tercabut. Aduhai anak. Nasib baik la dia tak kabor masa dah sampai kat pintu pagor asrama. Kalau tak maunya Umi hang naik angin...

Tapi takpe la nak oiiii ... Memang nasib baik jugak la Umi hang jenis serba boleh Iman oiiii. Terus ambik jarum dan benang hitam bawak masuk kereta. Dalam kereta pon bolehlah. Sempat lagilah Umi hang jahit butang seluar hang dalam kereta,  sebelum sampai kat depan pintu pagar asrama. 

Jadi mak orang ni, kita kena serba boleh ya mak mak. Mana tahu kot kot datang kejadian di saat saat terdesak laguni. Boleh la apply skill korang time tu jugak. Tak gitu korang. Mak mak la sangat kan ....

Dia Buat Kalut Sama

Anak anak ni kan, kekadang time last minit la dia duk sibuk itu ini. Sebijik la dedua kat rumah ni. Memang sepesen sungguh. Yang bongsu sorang ni camtu jugak, masa orang sibuk nak hantar abang dia ke asrama, dia pulak duk sibuk ajak pegi cari pen. Masa cuti lelama baruni takde pulak nak beli pen nak beli pensil bagai. Last day cuti sekolah jugak la dia buat kalut tak pasal. Tak paham la Umi. Apobenda ntah ...

Bapak Dia Relaks Jer 

Abah diaorang relaks jer takde bunyi bunyi, steady jer bawak kereta. Tapi Umi hang ni tak reti berenti duk pot pet pot pet sejak masuk kereta hingga la sampai kat asrama. Yang namanya bapak orang ni dia punya relaks lain macam aihh .. Cam geram plok rasa nampak dia terlampau relaks ... Rasa nak relaks sama tapi Umi tak relaks kalau laguni gak ... Aihhh ..

Tu jer la cerita kalut semalam. Saja jer tulis sini sebab dah lama tak menulis kisah anak anak KakYa. Jadi untuk 2024 kita kalutkan awal 2024 dengan kisah kalut anak anak. Ok bye .. Tata titi tutu .. Jumpa lagi next entri .. 

Jom Kita Mengarang 

Halah halah halah halah sambung sikit lagi. Korang dah mengarang entri 2024 ke tu. Dah ada kisah best awal 2024. Moh ler kita mengarang, bagi blog tak bersawang ... Bayar domain memahal updated la sikit ... Kata blogger, jom tulis tulis la apa yang patut .. Jommmmm...

Seketul KakYa
BUKAN Seketul Jagung 🌹

Catat Ulasan

0 Ulasan